Syarikat telefon pintar bajet, Xiaomi kini semakin meluaskan pasaran mereka apabila mula menawarkan beberapa produk kelengkapan rumah dan barangan elektronik penjagaan diri lain seperti pengetip kuku dan pemotong rambut dengan harga mampu milik.
Didatangkan dengan pengecasan USB, dua jenis pemotong rambut Xiaomi iaitu Xiaomi Enchen Boost dan Xiaomi Enchen Hummingbird merupakan salah satu gajet mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat.
Ditawarkan dengan harga serendah RM29.90 dan RM39.90, keduanya dibezakan dengan bilangan pilihan mata pemotong yang mana jenis Hummingbird adalah lebih banyak berbanding jenis Boost.
Teknologi ini lebih memudahkan pengguna kerana ianya tidak memerlukan kuasa bateri untuk digunakan. Lebih jimat kos juga sebenarnya, tak perlu lagi sentiasa sediakan bateri spare.
Buat korang yang berminat nak beli untuk potong rambut sendiri atau buat bisnes, bolehlah dapatkan pemotong rambut Xiaomi Enchen di Lazada.