Realme Bakal Lancar Telefon Bawah RM500 Dengan Bateri Sebesar 6,000mAh

Baru sahaja melancarkan dua model telefon pintar pada Julai lalu iaitu Realme X50 Pro dan Realme C11, Realme kini kembali semula dengan model lebih baharu iaitu Realme C12.

Kepantasan Realme mengeluar dan melancarkan telefon pintar memang mengagumkan. Hanya dalam tempoh sebulan selepas mengeluarkan dua model baharu mereka, Realme C12 akan dikatakan akan dilancarkan di Malaysia pada 25 Ogos ini.

Memiliki spec yang lebih baik dari Realme C11, Realme 12 dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu Mediatek Helio G35. Tiga kamera menghiasi kawasan belakang telefon iaitu kamera utama 13MP f2.2, kamera hitam putih 2MP f2.4 dan kamera makro 2MP f2.4. 

Kalau nak tahu apa yang menariknya Realme C12 ni adalah pada saiz baterinya yang besar iaitu sebanyak 6,000 mAh berbanding 5,000 mAh pada RealmeC11. Tapi telefon pintar ini hanya menyokong pengecasan 10W sahaja. Malah untuk model kali ini ianya dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bahagian tengah telefon.

Dikatakan harga untuk telefon pintar ini dijangka berada di bawah RM500 kerana specnya yang tidak jauh berbeza dengan Realme C11.

Read Previous

OnePlus Nord Rasmi Dijual Dengan Harga RM1,799

Read Next

BlackBerry Bakal Buat Comeback Dengan Papan Kekunci Fizikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =