Jepun Tutup 2 Portal Manga Terkenal Buat Selamanya

Selepas parlimen Jepun mula mengetatkan undang-undang berhubung isu cetak rompak secara dalam talian, pihak berkuasa mula memburu laman-laman web yang menyediakan kandungan haram kepada umum.

Dua portal terkenal dunia, KissManga dan KissAnime menjadi ‘mangsa’ terawal apabila diarahkan untuk diturunkan segala kandungan yang dimuat naik sejak 8 tahun penubuhannya oleh pemilik hak cipta.

Kredit: Mothership

Undang-Undang Anti Cetak Rompak yang digubal Jepun ini sebenarnya pernah diperkenalkan beberapa tahun dulu, namun menerima kritikan dan tentangan daripada orang ramai.

Selepas dibaik pulih dan diperincikan, Jepun membuat keputusan bermula Januari 2021 adalah tarikh pelaksanaan rasmi tetapi pengendali yang mengendalikan laman web kandungan haram ini akan diberi masa sehingga 1 Oktober untuk menutup laman web mereka.

Undang-undang ini bagaimanapun mengecualikan perkongsian peribadi iaitu berkongsi sebahagian daripada muka surat manga, majalah atau buku-buku secara peribadi.

Kredit: ComicBooks

Jika didapati bersalah, pesalah boleh dihukum penjara dua tahun atau pun denda sekitar dua juta yen (RM78,687) atau kedua-duanya sekali. Untuk pengendali laman web pula, jika didapati bersalah, hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak lima juta yen (RM196,717) atau pun kedua-duanya sekali.

Berita penutupan ini pastinya mendatangkan rasa sedih buat peminat manga anime. Tapi nak buat macam mana, nak baca anime kenalah pergi ke saluran yang ‘halal’ lepas ni.

Read Previous

Adidas Cetus Kontroversi Hasilkan Koleksi Kasut ‘Asriel dan Israfil’

Read Next

Realme Claim Bateri Realme C12 Mampu Bertahan Hingga 57 Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 5 =