Adidas Cetus Kontroversi Hasilkan Koleksi Kasut ‘Asriel dan Israfil’

Jenama fesyen terkenal, adidas mencetuskan kontroversi apabila menampilkan koleksi baharu Yeezy yang dinamakan sebagai Israfil yang bakal dijual dengan harga bermula RM585.

Biarpun ada yang teruja, adidas telah diminta untuk menurunkan atau menggantikan semula nama koleksi tersebut kerana tidak sensitif; menggunakan nama malaikat Israfil yang umat Islam ketahui sebagai sang peniup sangkakala apabila tibanya hari kiamat.

Kredit: Sneakerbardetroit

Menurut media HypeBeast, Repgod888 pada April lalu pernah mendedahkan adidas bakal keluar dengan koleksi ‘Asriel’ dan ‘Israfil’ dari Yeezy Boost 350 v2 sebagai satu penghormatan kepada malaikat-malaikat dalam Islam.

Perancangan ini akhirnya terlaksana apabila ianya dilaporkan mula dijual pada 22 Ogos di pasaran Asia, Eropah dan Amerika.

Namun, pengguna dari agama Islam tidaklah begitu baik. Ramai yang meminta penjelasan adidas atas penggunaan nama-nama malaikat dalam koleksi tersebut kerana ianya dianggap sebagai satu perbuatan mempersendakan agama Islam.

Setakat ini, masih tiada lagi apa-apa penjelasan daripada pihak adidas berkenaan dengan isu ini.

Kredit gambar utama: Sneakerbardetroit

Read Previous

BlackBerry Bakal Buat Comeback Dengan Papan Kekunci Fizikal

Read Next

Jepun Tutup 2 Portal Manga Terkenal Buat Selamanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 13 =