BlackBerry Bakal Buat Comeback Dengan Papan Kekunci Fizikal

Sedekad lalu, selain daripada Nokia jenama telefon bimbit BlackBerry antara yang menjadi pilihan pengguna.

Pada 31 Ogos 2020, kerjasama BlackBerry dengan TCL Communications bakal ditamatkan. Ini membawa kepada keputusan TCL Communications tiada lagi hak untuk mengeluarkan, memasarkan dan mereka bentuk model keluaran BlackBerry.

Terkenal dengan keyboard yang mesra pengguna pada suatu ketika dahulu, BlackBerry Messenger (BBM) antara yang menjadi tarikan pengguna untuk menggunakan telefon pintar ini.

Kredit: Global News

Terkini, menerusi portal Business Wire, kerjasama BlackBerry bersama OnwardMobility selaku pemegang lesen BlackBerry dikatakan bakal mengembalikan semula jenama ini pada pertengahan 2021 dengan pengekalan beberapa features lama seperti papan kekunci fizikal tetapi dengan sokongan kepada rangkaian 5G.

Kredit: Tech Radar

Namun hanya sedikit mengenai comeback telefon lejen ini diumumkan, antaranya telefon baru ini dikatakan sebagai ‘sangat selamat’ kerana menawarkan rangkaian keselamatan end-to-end.

Berita lanjut bakal menyusul.

Kredit gambar utama: Independent

Read Previous

Realme Bakal Lancar Telefon Bawah RM500 Dengan Bateri Sebesar 6,000mAh

Read Next

Adidas Cetus Kontroversi Hasilkan Koleksi Kasut ‘Asriel dan Israfil’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − three =