OnePlus Nord Rasmi Dijual Dengan Harga RM1,799

Sudah pun sebulan OnePlus Nord dilancarkan untuk pasaran India dan Eropah, akhirnya secara rasmi peranti kelas pertengahan kedua dari OnePlus memasuki pasaran Malaysia.

Menawarkan saiz skrin sebesar 6.44 inci OLED 90Hz dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G, OnePlus Nord dilengkapi OxygenOS berasaskan Android 10, secara keseluruhannya spec yang ditawarkan OnePlus Nord ini memang menyebabkan peminat OnePlus teruja.

Ditawarkan dengan dua warna iaitu Blue Marble dan Gray Onyx, One Plus Nord hadir dengan tiga varian storan iaitu 6GB RAM + 64GB, 8GB RAM + 128GB (RM1,799) dan 12GB + 256GB (RM2,399).

Empat kamera pada peranti ini dikatakan menggunakan sensor dari Sony; 48MP (kamera utama) + 8MP (ultra-wide) + 5MP (depth sensor) + 2MP (macro).

Daripada segi saiz bateri pula, OnePlus Nord menawarkan saiz sebesar 4115mAh dengan sokongan sistem pengecasan pantas Warp Charge 30T, fingerscreen sensor di bawah skrin dan sokongan kepada rangkaian 5G.

Read Previous

Ini Cara Pengguna Windows 10 Dapatkan Semula Fail Yang Terpadam

Read Next

Realme Bakal Lancar Telefon Bawah RM500 Dengan Bateri Sebesar 6,000mAh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + six =