Eeuww! Please Laa! 5 Sifat Lelaki Menjengkelkan Di Mata Wanita

Kebanyakan golongan lelaki menganggap diri mereka tue sporting, mudah untuk diajak berbicara, rasional, cool dan serba hebat dalam apa jua perkara yang dilakukan mereka. Abang Jim sebagai seorang lelaki sejati memang setuju dengan kenyataan tue. Tetapi sejauh mana kebenaran di sebalik tanggapan tersebut? Memang ada wanita yang melihat lelaki nie ada sifat-sifat yang dianggap sangat menjengkelkan! Tapi sebagai lelaki, kadang-kadang korang tak sedar pun dengan perangai tersebut. Kat sini Abang Jim nak kongsikan 5 sifat lelaki yang menjengkelkan di mata wanita.

1.   Tidak cukup berdikari

Ada sesetengah golongan lelaki ini suka bergantung kepada bantuan teman wanitanya untuk melaksanakan tugas-tugas harian. Ini termasuk membayar bil, mengambil pakaian dari kedai dobi, membelikan mereka makanan malah adakalanya diminta untuk memandu kenderaan mereka setiap kali keluar dating. Bagaikan terlalu sibuk hingga tiada masa untuk melakukan semua tugasan itu. Mereka melepaskan segala tanggungjawab kepada wanita untuk menyelesaikannya. Bukankah lelaki dicipta untuk menjaga wanita dan bukan sebaliknya? No, this is very unacceptable.

2.   Terlalu sensitive

Jika lelaki merasakan golongan perempuan lebih sensitive, baik korang fikir balik. Ada juga golongan lelaki yang terlalu sensitif mengalahkan wanita! Cukup sekadar si teman wanita yang melalui fasa emosi yang tidak menentu yang juga disebabkan masalah ketidak seimbangan hormon dalam kitaran haid. Takkan lelaki juga mahu turut sama beremosi sehingga sering menimbulkan pergaduhan dalam sesebuah hubungan?

3.   Ego

Lelaki dan sifat ego memang tidak dapat dipisahkan. Mereka sentiasa berasa hebat dan betul dalam apa jua perkara dan ini benar-benar memualkan! Mengapa perlu lelaki berasa ego untuk memohon maaf jika membuat kesilapan atau mengakui kesalahan yang dilakukan? Lagi satu, lelaki suka mengungkit perkara-perkara yang lalu! Bagaikan tiada masa depan. Bukan saja suka mengungkit, mereka juga sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam diri seseorang wanita.

Baca artikel ini: Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?

4.   Kuat cemburu

Aduhai, rimasnya setiap kali berdepan isu cemburu! Lelaki memang terkenal dengan sifat cemburu buta. Biasanya, sifat cemburu datang apabila mereka berasa insecure. Contohnya, jika mereka diperkenalkan dengan kawan-kawan lelaki si teman wanita, mereka mula berasa kurang selesa. Apatah lagi jika si dia mendapati rakan-rakan lelaki itu mempunyai kehidupan yang stabil, berjaya dalam kerjaya dan lebih tampan, lagi ‘hebat’ rasa cemburu di hati! Hahaha!

5.   Sukar diajak berbincang

Tidak tahu apa sebabnya, kebanyakan lelaki cukup susah untuk diajak berbincang. Seringkali berdepan situasi ini setiap kali kalau wanita cuba mengadu masalah atau hendak membincangkan sesuatu. Selalunya, respon yang diperoleh sama ada mereka membuat ‘muka selamba’ atau memberikan jawapan, “suka hati you lah, I okay je…” Nampak macam lelaki ni pentingkan diri sendiri pula.

Tak ada sesiapa pun yang sempurna. Masing-masing kena bertolak ansur. Sebagai lelaki, korang kena faham naluri perempuan nie macam mana. Dan bagi perempuan pula, korang pun kena faham antara sifat-sifat semula jadi seorang lelaki.

Baca artikel ini: 7 Tanda Lelaki Sedang Cemburu

Read Previous

Perempuan Wajib Baca! 5 Manfaat Tak Pakai Bra

Read Next

Barulah Menarik! Ubah Poster Filem Seram Jadi Lebih Ceria

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + one =