Giler! Suntik 20 Kali Demi Gelaran Bibir Terbesar Di Dunia

Abang Jim rasa dah cukup cantik dah bibir natural perempuan nie. Tapi tetap juga dia tak puas hati. Nak cucuk tang sana, nak cucuk tang sini. Last-last korang tengok laa apa jadi kat bibir dia tu. Cantik ke? Tapi nak buat macam mana dah itu yang dia nak.

Gelaran bibir terbesar di dunia. Memang pelik tapi benar, sekarang nie pemilik takhta bibir terbesar di dunia  milik Andrea Ivanova yang berasal dari negara Belkan, Bulgaria. Wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.

Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz kuad bibirnya yang sebelum ini.

Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.

Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya menyatakan itu tidak cukup lagi.

Baca artikel ini: Rasa Gemuruh Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Alaaa Senang Jer. Ikut Cara Berikut

Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.

Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.

Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.

Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.

View this post on Instagram

#love #my #fans Thank you

A post shared by Andrea Ivanova (@andrea.andrea345) on

Macam-macam manusia ni, terlalu taksub macam ni tak bagus juga. Korang jangan nak ikut macam si Andrea nie pulak yer. Kalau Abang Jim nak, siap! Abang Jim cucuk bibir korang tu dengan jarum biar meletup macam belon.

Baca artikel ini: Kerap Sangat Sakit Kepala. Kenapa? Ketahui 10 Jenis Dan Punca Sakit Kepala

Read Previous

Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Beli Kediaman Berharga RM33 Juta

Read Next

Aduh Pening Kepala, Minta Bersabar Dengan Anak Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − five =