Macam yang korang semua sedia maklum, bunga ros atau mawar sering ditafsir sebagai lambang intimasi atau rasa cinta. Bahkan setiap jenis rona bunga ini turut membawa makna dan ertinya tersendiri. Melalui hadiah jambangan bunga juga boleh menjadikan sebuah hubungan itu lebih mesra atau mungkin lebih intim dan rapat. So korang kalau nak bagi bunga ros kat pasangan, jangan beri warna yang sembarangan tau sebab setiap warna ada maksud tersendiri. Meh sini Abang Jim nak bagitahu makna di sebalik rona kuntuman ros.
1. Merah
Jika seseorang memberikan kuntuman ros berona merah, itu menandakan yang si lelaki sebenarnya mempunyai rasa cinta atau kasih kepada seseorang. Rona merah pada ros membawa maksud cinta sejati.
2. Kuning
Sepanjang sejarah silam, kuning sering dikaitkan dengan matahari yang secara tidak langsung rona ros ini boleh memberikan kegembiraan kepada si penerima. Ros kuning membawa mesej tersirat tentang penghargaan dan sayang tetapi tidak membawa erti keintiman. Ia juga menunjukkan perasaan fun dan joy.
3. Lavender
Rona ungu sering dikaitkan dengan kerabat tertinggi atau diraja di negara barat. Ianya rona yang membawa kepada perasaan tenang kerana ronanya yang harmoni. Warna ungu untuk ros sesuai untuk memberikan suasana keagungan dan kemuliaan.
Baca artikel ini: Nak Kulit Cantik? Sila Guna Sarung Bantal Sutera
4. Merah jambu
Rona merah jambu membawa maksud konotasi rahmat dan anggun, serta kemanisan cinta. Bunga ros merah jambu gelap adalah simbolik kepada penghargaan dan secara tidak langsung memberikan maksud terima kasih. Bunga ros merah jambu bercahaya pula dikaitkan dengan kelembutan dan kagum, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai ungkapan rasa simpati.
5. Putih
Sejak zaman dulu, bunga ros putih diberikan sebagai simbol untuk cinta sejati yang kemudiannya ros merah diambil sebagai cinta. Ia juga sering dikaitkan dengan tema perkahwinan. Putih melambangkan perpaduan, kuasa dan cinta sejati. Ia juga dikatakan berkait dengan maruah dan penghormatan.
6. Oren
Gabungan rona kuning dan merah menghasilkan jingga atau oren. Ia dilihat sebagai jambatan antara persahabatan dan cinta. Ianya boleh menjadi ekspresi cinta atau mungkin hadiah untuk mengatakan kebanggaan kepada seseorang.
Tapi sebenarnya, sesiapa pun tak kisah dapat warna bunga ros apa. Asalkan ia bunga ros, dah cukup buat orang yang menerima tu kembang hidung. Punyalah suka!
Baca artikel ini: 7 Manfaat Aktiviti Mewarna Bagi Orang Dewasa