Beberapa tahun yang lepas, pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan di mana terapi mewarna mempunyai banyak manfaat daripada segi psikologi terhadap orang dewasa. Aktiviti mewarna yang dahulunya dilihat khas bagi kanak-kanak kini telah muncul sebagai trend yang disukai oleh orang dewasa.
Aktiviti mewarna bagi orang dewasa tidak hanya fenomena seni tetapi ia didapati memberi kesan baik kepada kesihatan. Bahkan, buku mewarna yang berada di pasaran khas untuk orang dewasa lebih bersifat mencabar dan kompleks. Mewarna ni memang aktiviti yang best bagi Abang Jim. Sebab dengan mewarna, korang akan rasa tenang dan seronok. Kat sini Abang Jim nak kongsikan tujuh manfaat yang diperoleh melalui aktiviti mewarna.
1. Mengalihkan perhatian daripada diri sendiri
Aktiviti mewarna berupaya untuk mengalihkan perhatian korang daripada diri sendiri. Hal ini kerana korang memberi tumpuan kepada aktiviti yang sedang korang lakukan sama seperti kesan meditasi. Daripada membiarkan diri melayan fikiran yang bukan-bukan, korang dapat fokus mewarna pelbagai corak yang kompleks selama beberapa jam.
2. Membantu menangani masalah emosi dan mental
Kebosanan, tekanan perasaan dan rasa tidak sistematik boleh mencetuskan masalah emosi dan mental. Ini boleh terjadi kepada mereka yang menderita penyakit OCD (Obsessive Compulsive Disorder) dan kemurungan. Masa dan perhatian yang diberikan individu kepada aktiviti mewarna mampu mengalihkan fokus mereka daripada tabiat negatif dan membolehkan mereka fokus kepada aktiviti yang lebih produktif dan selamat.
3. Menenangkan otak
Aktiviti mewarna boleh membantu individu yang mengalami tekanan akibat trauma, kegelisahan dan stres kerana ia bertindak menenangkan mereka. Bahagian otak ini mengawal tindak balas ‘lawan atau lari’ (fight or flight) yang membuatkan mereka berada dalam keadaan berjaga-jaga, bimbang dan takut apabila ia aktif. Bagi mengurangkan tindak balas tersebut dan merehatkan otak, aktiviti yang menenangkan seperti mewarna sangat membantu.
Baca artikel ini: Guys! Nah 8 Tanda Girlfriend Korang Jenis Kekasih Clingy
4. Mewarna mengembalikan kita ke masa lalu
Aktiviti mewarna mampu mengembalikan diri korang pada memori-memori zaman kanak-kanak dahulu. Di dalam fikiran hanya ingin bermain dan bergembira sahaja. Namun, apabila dewasa korang mula kenal apa itu beban dan tanggungjawab tapi dengan melakukan aktiviti mewarna, korang seolah-olah dibawa kembali ke zaman nostalgia, zaman di mana anda masih lagi bergelar kanak-kanak.
5. Manfaat intelektual
Sukar untuk percaya aktiviti mewarna turut mempunyai manfaat intelektual. Kerana mewarna melibatkan penggunaan bahagian otak yang meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. Ia juga membantu meningkatkan daya penyelesaian masalah dan kemahiran organisasi. Mewarna corak yang kompleks boleh mengaktifkan semua fungsi tersebut.
6. Melatih semula daya kemahiran
Sewaktu korang memilih warna dan menimbang kesesuaiannya serta menggerakkan pensel warna pada kertas, ini sebenarnya mengembangkan keupayaan menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus (pergerakan jari dan sebagainya). Menariknya, aktiviti mewarna sangat berguna untuk terapi kerja. Semakin susah dan sukar corak yang diwarnakan, semakin banyak fungsi otak dan daya kemahiran yang dilatih.
7. Mengalihkan perhatian daripada kesakitan
Aktiviti mewarna boleh meningkatkan kesedaran korang dengan menggantikan pemikiran negatif kepada positif dan menyenangkan. Jika korang sedang menjalani rawatan tertentu dalam tempoh yang panjang, memberikan tumpuan kepada aktiviti ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan tidak selesa. Korang dapat mengalihkan tumpuan anda daripada kesakitan fizikal atau emosi dengan melakukan sesuatu daripada hanya melihat.
Jelaslah di sini aktiviti mewarna tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa juga boleh melakukan aktiviti ini bagi melepaskan segala tenaga negatif. Abang Jim harap semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
Baca artikel ini: Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres