Nak Kulit Cantik? Sila Guna Sarung Bantal Sutera

Pernah tak korang terfikir bahawa sarung bantal pun memainkan peranan penting untuk memberi manfaat pada kulit kepala. Yer, mungkin apa yang dimaksudkan tu, sarung bantal mestilah bersih dan selalu ditukar sekurang-kurangya dua minggu sekali. Tapi untuk pengetahuan korang, memakai sarung bantal daripada material sutera adalah pilihan terbaik untuk memelihara kulit kepala.

Sarung bantal sutera dikatakan mampu mencegah kedutan bahkan jerawat, membantu kekal terhidrasi, dan mengawal haba badan. Aktress Marilyn Monroe mengamalkan dan menggunakan sarung bantal satin atau sutera untuk memelihara kecantikan rambut dan kulit.

Fabrik seperti satin dan sutera mengelakkan kulit kepala daripada berpeluh dan kelembutan fabrik ini mengurangkan geseran pada rambut yang boleh mengurangkan kekusutan apabila anda bangun dari tidur.

Kelebihannya:

1.   Membantu mengekalkan kelembapan

Sutera dipercayai membantu kulit kekal terhidrat berbanding dengan jenis kain lain. Itulah sebabnya kain sutera dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi, tidak menarik kelembapan seperti kebanyakan jenis kain lain.

Baca artikel ini: 3 Jenis Buah Sebagai Remedi Batuk Untuk Kanak-Kanak

2.   Hypoallergenic semula jadi

Kerana ia diproses secara semulajadi, kain sutera boleh dikategorikan sebagai produk hypoallergenic. Hypoallergenic adalah produk yang dibuat menggunakan bahan mentah yang tidak menyebabkan alahan kepada manusia. Bagi korang yang terdedah kepada alahan seperti penghidap asma, korang dinasihatkan untuk menggunakan sarung bantal sutera untuk mengelakkan risiko kesihatan. Di samping itu, kain sutera mempunyai ketahanan semula jadi untuk hama, habuk dan lain-lain.

3.   Mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia

Kain kapas atau yang lain dihasilkan oleh kilang menggunakan bahan kimia dalam pembuatan gentian kain. Bayangkan semasa tidur, tubuh sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang mungkin mengganggu kesihatan jangka panjang. Tetapi sutera dianggap lebih selamat kerana ia adalah serat protein semulajadi yang berasal dari kepompong larva sutera mulberi yang ditenun menjadi kain dan selama prosesnya hanya menggunakan sedikit bantuan kimia.

Terkejut dengan manfaat sutera? Lepas ni korang dah boleh bertukar ke sarung bantal sutera untuk manfaat kecantikan dan juga memberi tidur yang lena. Selamat mencuba!

Baca artikel ini: Rawat Kulit Dengan Kunyit

Read Previous

Hati-Hati Ye! Kenali Personaliti Negatif Zodiak Capricorn

Read Next

7 Manfaat Aktiviti Mewarna Bagi Orang Dewasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =