Comel Jer, Thailand Guna Patung Panda & Barbegon, Jaga Jarak Sosial Di Restoran

Isu COVID-19 masih hangat lagi guys. Walaupun ketika ini banyak negara termasuk Malaysia telah melonggarkan peraturan perintah berkurung, dengan membenarkan semula rakyatnya untuk makan di restoran, tapi ada syarat dan kawalan yang korang masih kena ikut.

Abang Bob tahu, ada segelintir korang sangat teruja dan gembira kerana akhirnya boleh menikmati hidangan di luar setelah lama berkurung dalam rumah.

Contoh macam kat Thailand, kebanyakan restoran dan kedai makan tampil dengan idea kreatif di mana beberapa anak patung diletakkan di atas kerusi bagi memastikan pelanggan menjaga penjarakan sosial untuk mengelakkan risiko jangkitan.

Ada yang meletakkan anak patung panda yang comel dan ada juga menggunakan patung karektor Barbegon yang popular di Thailand.

Selain bagi mengurangkan rasa sunyi kepada pelanggan yang datang makan secara bersendirian, kehadiran boneka berkenaan juga berjaya mengelakkan kekeliruan orang ramai tentang tempat duduk mana yang boleh digunakan ataupun tidak. Tak adalah nanti pelanggan main sebat jer duduk sesuka hati. Pada masa sama ia membantu mewujudkan jarak sosial antara satu sama lain.

Baca artikel ini: 10 Gambar Rare Yang Buatkan Korang Terpaksa Tengok Dua Kali

Sejak awal bulan ini, pihak berkuasa negara jiran itu telah melonggarkan sekatan operasi untuk perniagaan memandangkan statistik jumlah kes positif COVID-19 semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

Namun sebagai syarat untuk membolehkan restoran dibuka semula, mereka perlu mematuhi peraturan yang ketat antaranya memeriksa dahulu suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk, mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa serta menjaga jarak sosial mereka ketika di dalam restoran.

Tapi bagi pendapat Abang Bob, selagi boleh elak makan kat luar, better korang tapau jer laa makan kat rumah. Tak pun pesan penghantaran makanan ke rumah, lagi selamat.

Baca artikel ini: Kucing Romantik Kirim Sekuntum Bunga Setiap Hari Kepada Seorang Wanita

Read Previous

10 Gambar Rare Yang Buatkan Korang Terpaksa Tengok Dua Kali

Read Next

Makna Di Sebalik Warna Bunga Ros

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 8 =