Fesyen Hari Raya Yang Pernah Trending Suatu Ketika Dahulu

Setiap tahun mesti akan ada trend fesyen raya yang akan ‘in’ dan menjadi ikutan ramai orang. Cuma tahun ni agak kurang sikit sebab mungkin dengan situasi semasa yang sedang berlaku. Tapi kalau tahun-tahun sebelum ini, ada sahaja style raya yang menjadi buah mulut ramai tidak kira sama ada lelaki atau wanita. Abang Jim sendiri mengaku kot pernah terikut dengan trend fesyen berhari raya. Kat sini Abang Jim nak buat sikit flashback fesyen raya yang pernah jadi ikutan ramai.

1.   Baju Melayu Teluk Belanga vs Slack Hitam

Pernah sikit masa dulu ramai pemuda mengikut gaya fesyen yang dipopularkan oleh keluarga kerabat DiRaja Johor ini. Padanan Baju Melayu Teluk Belanga yang dipakai bersama seluar slack hitam dan bersampin. Memang jadi trending style ni pada masa itu.

2.   Jubah Sado

Jubah ‘viral’ ni memang pernah menjadi buah mulut orang ramai sama ada memuji mahupun mengeji. Trend berjubah memang pernah melanda pemuda suatu ketika dahulu. Masing-masing sebok menggayakan jubah. Ada dalam kalangan pengeluar pakaian jubah telah mencetuskan idea luar kotak apabila menghasilkan jubah yang mengikut bentuk tubuh dan mensasarkan pembeli dalam kumpulan lelaki-lelaki sado. Hasilnya, jubah tersebut menjadi viral apabila ada yang menyifatkan ia sebagai tidak sesuai dan kelihatan kelakar!

Baca artikel ini: Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 1)

3.   Kurta

Trend pemakaian kurta di pagi Hari Raya Aidilfitri juga pernah menjadi ikutan ramai suatu ketika. Di sana sini ramai pengeluar kurta menghasilkan baju raya. Hasilnya, timbul beberapa komen dan pendapat yang mengatakan, budaya pemakaian Baju Melayu di pagi Syawal akan terhapus jika amalan sebegini dilakukan.

4.   Peplum

Trend peplum ni pulak pernah jadi ikutan buat si anak dara. Masing-masing tak nak kalah hadir dengan rekaan baju dengan gaya ‘kembang semangkuk’ pada bahagian bawah baju.

5.   Kebaya Nyonya

Gaya baju kebaya Nyonya juga pernah ‘in’ suatu ketika dahulu. Mana-mana jer pergi mesti akan nampak si gadis menggayakan buasana klasik ni di pagi Syawal.

6.   Abaya

Pemakaian Abaya, iaitu sejenis jubah dengan ciri rekaan khas gaya Timur Tengah juga pernah menjadi ikutan masyarakat di Malaysia yang menyambut Aidilfitri. Memang nampak meriah apabila masing-masing menggayakan rekaan Abaya yang sarat dengan corak dan labuci.

Memandangkan tahun ni raya tak berapa nak meriah, mungkin gaya berkain sarung batik atau pelikat yang dipadankan dengan baju ‘pagoda’ bakal menghiasi pagi Aidilfitri korang? Alaa korang recycle jer laa baju raya tahun lepas. Tak payah nak membazir beli baju baru.

Baca artikel ini: Tip Moreh Sihat Semasa Ramadhan

Read Previous

Ini 5 Hadiah Yang Akan Buat Buah Hati Korang Gembira

Read Next

Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =