Jujur siapa yang boleh dikatakan penakut kat sini? Semua benda dia kata hantu. Lagi parah kalau baru lepas tengok cerita hantu. Memang tak senang duduk jawabnya. Dah tahu penakut pergi gatal tengok cerita hantu tu pasal apa? Lepas tu tak pasal-pasal orang lain yang kena jadi tukang teman dia nak ke tandas. Tengok macam Abang Jim ni. Dah tahu takut hantu, tak payah tengok cerita hantu. Senang! Hahaha. Bukan apa, kat sini Abang Jim senaraikan 10 perkara tipikal orang yang baru lepas tengok cerita hantu. Lagi-lagi yang jenis penakut tu.
1. Tak nak tengok cermin
Cermin memang nightmare, lagi-lagi lepas tengok cerita hantu. Kalau kena kat tandas asrama lagilah rasa macam nak nangis. Kalau boleh, memang tak nak tengok cermin langsung. Takut nanti ada ‘benda’ kat belakang, atau takut muka berubah jadi lain. Cuba bayangkan situasi di mana korang tengah basuh muka sebelum tidur depan cermin, mula-mula okay. Tapi lepas tunduk nak bersihkan muka, tengok cermin balik, tiba-tiba ada ‘benda’ berdiri kat sebelah. Fuuhh. Seram gila!
2. Selubung dalam selimut sambil pejam mata
Walau apa pun yang terjadi, jangan buka mata korang! Tak kisahlah apa jadi pun. Teruskan selubung dalam selimut sampai esok pagi. Sebab korang yakin, selimut korang yang kebal tu akan lindungi diri daripada anasir jahat di luar sana. Memang tak berani nak jenguk kat luar walaupun sikit. Kalau ada terdengar apa-apa, biarkan saja, walaupun dalam hati rasa nak menjerit sekuat hati. Lebih baik stay dalam selimut dan tidur terus.
3. Sambung katil, tidur ramai-ramai secara berjemaah dan tak nak tidur paling hujung
Korang yang tinggal di asrama tentunya pernah menghadapi detik-detik ini. Gatal pergi tengok cerita hantu tengah-tengah malam dengan geng asrama. Semangat betul masa tu pergi tengok ramai-ramai. Seronok gila sebab cerita tu seram sangat dan semua orang tak berhenti menjerit. Lepas dah tengok, terus rasa menyesal. Jalan pergi mana-mana semua nak berteman. Pergi tandas pun ramai-ramai. Tidur malam pun semua takut, dan akhirnya kami buat keputusan untuk sambung katil dan tidur secara berjemaah. Semua akan berebut untuk tidur di tengah-tengah. Yang kena tidur paling hujung tu nasib lah.
4. Takut nak juntai kaki atau tangan keluar nanti boogeyman tarik
Katil semestinya menjadi kubu terakhir untuk selamatkan diri lepas tengok cerita hantu. Bila dah baring, rasa selamat dan tak risau daripada sebarang gangguan roh jahat yang menghantui. Cuma, agak risau bila ter’ keluarkan kaki atau tangan ke bahagian luar tilam sampai terjuntai keluar. Yang ini bahaya! Kalau kaki atau tangan terjuntai ke luar katil, perasaan takut ditarik hantu mula menguasai diri. Takut ada hantu yang menarik kita hingga ke bawah katil.
5. Tidur buka lampu dan pasang lampu satu rumah
Disebabkan cerita hantu banyak berkisar ketika situasi gelap, maka korang pun tak nak terjun ke alam kegelapan. Korang akan buka semua lampu dalam rumah dan pastikan setiap sudut rumah terang benderang. Korang lagi sanggup habiskan duit daripada jumpa hantu.
Baca artikel ini: 10 Kucing Paling Terkenal Yang Mempunyai Jutaan Pengikut Instagram Di Seluruh Dunia
6. Drive kereta laju-laju tak tengok cermin belakang
Saat dalam kereta nak memandu balik rumah itulah yang paling menyeramkan sekali. Dah lah kena drive sorang-sorang, dah lewat malam pulak tu. Kalau siang tak ada hal lagi. Sebaik saja jejakkan kaki kat tempat parking, bulu roma dah start naik. Fikiran dah melayang fikir macam-macam. Saya cepatkan langkah masuk kereta, start engine, dan terus pandu kereta laju-laju. Nak tengok cermin belakang, tak berani. Takut pulak nanti tiba-tiba ada ‘something’ kat seat belakang. So nak tak nak kena drive laju jugak. “One last ride!”
7. Tidur dulu sebelum orang lain tidur
Sementara suasana malam masih meriah, inilah masanya untuk orang yang penakut ambil kesempatan berdengkur dulu sebelum orang lain. Kan senang, tak payah nak fikir pasal hantu tengah-tengah malam. Aman damai hidup. Ya, ini memang jenis penakut sangat. Tengok cerita hantu yang tak seram pun susah nak move on. Kalau yang seram, mungkin akan ambil masa sebulan untuk berani balik.
8. Simpan segala baju, jubah, atau telekung yang bergantung kat dalam almari
Jangan main-main. Sekali terjaga pukul 3 pagi lepas tu terpampang kain telekung depan mata, mahu tak pengsan korang. Nak tidur tak pergi buang air kecil dulu. Lepas tu terbangun pukul 2.30 pagi, masa tu dah tak fikir pasal hantu dah sebenarnya. Tiba-tiba bangun je dari katil terus nampak telekung tergantung. Serius seram giler! Rasa macam nak pengsan. Terus mulut saya terkumat-kamit baca ayat Al-Quran walaupun tunggang-langgang. Nasib baik tak terkencing dalam seluar.
9. Barulah nak ingat Al-Quran
Time macam ni barulah sibuk nak belek dan baca Al-Quran untuk jadikan pendinding daripada gangguan makhluk halus. Sebelum tu macam buat endah tak endah je. Terasa insaf sekejap. Ada bagusnya juga tengok cerita hantu ni ya. Lagi-lagi cerita macam ‘Munafik’ yang ada banyak mesej dan elemen keinsafan. Sekurang-kurangnya ada juga orang baca Al-Quran.
10. No lift please. Tangga je please.
Orang yang penakut hantu ni memang tak suka naik lif. Sekarang ni elevator prank pakai hantu pun banyak. Ish benci betul. Terbayang-bayang setiap kali naik lif. Nak selamat, memang akan elakkan naik lif, lebih-lebih lagi bila sorang-sorang. Kalau ada kawan tak ada masalah pun. Tapi seram jugalah sebenarnya.
Haa! Korang terasa tak? Kalau terasa mengaku jer. Mostly itulah yang akan dialami oleh orang penakut lepas tengok cerita hantu. Semua benda dia bayangkan hantu. Hahaha!
Baca artikel ini: Tip Berjambang Untuk Tampil Lebih Kacak