8 Cerita Menarik Tentang Misai

Lelaki yang ada misai selalunya digambarkan dengan karakter lelaki macho dan maskulin. Berbanding lelaki tanpa misai yang selalunya dilabel sebagai lelaki jambu. Tapi sebenarnya, tidak semua lelaki itu sesuai memiliki misai pada wajahnya.

Mungkin ada lelaki bermisai akan membuatkan wajahnya lebih lucu dan sebaliknya. Misai juga mempunyai pengaruh tersendiri terutama dalam kalangan selebriti. Contohnya Charlie Chaplin yang terkenal dengan misai kontotnya.

Begitu juga dengan watak Sarjan Misai dalam siri Gerak Khas. Abang Jim dah pernah untuk membela misai, dan ternyata muka Abang Jim berubah jadi gangster. Hahaha! Kat bawah ni Abang Jim kongsikan sikit 8 cerita menarik tentang misai.

1.   Secara purata, tanpa sedar, seseorang lelaki bermisai akan mengurut misai mereka sebanyak 760 kali sehari.

2.   Di India, anggota polis kat sana akan dibayar bonus sekiranya mempunyai misai kerana ia dikatakan melambangkan kejantanan dan kuasa.

3.   Secara purata, misai tumbuh sebanyak 0.014 inci sehari atau lebih kurang 5 sehingga 6 inci setahun.

4.   Misai tumbuh lebih cepat berbanding bulu di bahagian badan yang lain. Tak cayer cuba check nanti. Hihihi.

5.   Pada tahun 1967, kumpulan The Beatles memakai misai palsu dalam satu penggambaran untuk menyembunyikan bibir Paul McCartney yang bengkak. Bengkak sebab apa tak dapat dipastikan.

6.   Misai mampu menyerap air 20 peratus lebih daripada beratnya sendiri.

7.   90 peratus lelaki bercukur sekali sehari. Sekiranya dijumlahkan, ia membawa kepada 5 bulan sepanjang hidup seseorang lelaki. Wow!

8.   Keseluruhan industri pisau pencukur bernilai AS$1.1 bilion atau setara RM4.76 bilion.

So untuk korang kat luar sana yang tak pernah membela misai, try laa sekali. Tak rugi pun. Kalau agak-agak muka korang bertukar jadi mirip Spongebob ke, korang cukur laa balik. Hahaha!

Baca juga artikel ini:
Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang
Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal

Read Previous

Serius Nak Berhenti Merokok? Ikut 5 Langkah Ini

Read Next

7 Perkara Yang Hanya Orang ‘Pendek’ Boleh Faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 2 =