Rumah yang kemas dan cantik mesti akan membuatkan korang rasa tenang jer. Kadang-kadang nak keluar rumah pun malas sebab duduk kat rumah jer pun dah boleh buatkan korang rasa tenang.
Anak muda zaman sekarang ni pun dah ramai tau yang minat dengan hiasan dalaman. Hiasan dalaman yang ringkas tapi masih nampak menarik selalu jadi pilihan generasi muda hari ini.
Tak payah ruang dengan modal yang besar pun, korang dah boleh dapat sentuhan ajaib yang sangat memukau. Kalau korang nak deko kat dalam bilik hostel pun boleh. So kat sini Abang Jim nak kongsikan 5 idea dekorasi murah dan mudah untuk korang.
1. Cat Dinding Papan Hitam
Gantungan papan hitam dinding adalah antara yang korang boleh tambah pada mana-mana ruang dalam bilik. Kat dapur pun boleh. Tujuannya, nanti korang bolehlah tulis apa-apa nota atau jadual mingguan korang. Tak pun mesej ringkas. Kalau korang ada bakat, boleh lukis sesuatu yang lucu.
2. Meja Sisi Katil DIY
Tukarkan meja lama korang menjadi meja sisi katil unik dan berguna ini. First korang kenalah ada meja lama. Lepas tu potong kepada dua bahagian, cat dengan warna kegemaran korang dan letakkannya ke dinding. Tadaaa!
3. Tanaman Buku
Idea dekorasi ni memang sangat kreatif. Mula korang tebuk kat tengah-tengah buku lama yang korang dah tak nak baca lagi dah. Lepastu kat lubang yang korang dah buat kat tengah-tengah buku tu, letakkan pasu kecil. Pastikan korang memilih tumbuhan yang kurang memerlukan air. Tetamu korang mesti akan kagum dengan kreativiti korang tu.
4. Papan Gambar DIY
Buat semula bingkai kosong untuk membuat satu papan gambar mudah. Dengan menggunakan dawai, pasangkan tali bingkai semula supaya korang boleh gantung cetakan gambar kegemaran korang setiap bulan.
5. Meja Antik Bergaya
Ini mungkin agak terlalu mudah. Apa yang korang perlukan adalah cat dan berus. Tukarkan mana-mana meja dengan gaya antik yang indah. Senang cakap korang cat balik jer meja yang dah lusuh tu.
Baca artikel ini: Background selfie dan sos med worthy popular
6. Penyangkut Tangga
Tangga DIY ini bukan sahaja pelbagai fungsi, tetapi ia juga mempunyai rasa perindustrian hebat. Dengan penyangkut tangga ni, macam-macam benda korang boleh sangkut macam topi, tuala, tudung. Nak gantung pasu bunga pun boleh tau!
7. Naik Taraf Tab Mandi Anda
Rumah korang ada tab mandi tak? Kalau ada, korang boleh buat meja kecil kat tengah-tengah tab mandi tu. Sambil berendam air panas, korang boleh letak minuman ke kat meja tu. Hanya dengan menggunakan kayu jer. Kalau boleh biar nampak buruk sikit kayu tu.
8. Lampu Dinding DIY
Lampu dinding Industrial ini pasti akan menambah seri pada dinding rumah korang. Bukan itu jer, ia juga akan memberikan impak pencahayaan unik pada ruang. Balut jut sekitar tali lampu untuk memberikan rupa bergaya dan berseni.
9. Rak Cawan Kopi
Adakah korang seorang pencinta teh atau kopi? Buat ruang untuk gantungkan cawan korang dengan mengguna semula palet kayu. Nak lagi cantik korang cat gantungan palet kayu itu ikut cita rasa korang sendiri.;
10. Dinding Bergambar Hati
Untuk hiasan DIY gambar hari ni, korang perlu cetak gambar kegemaran korang tu. Pastu tampal kat dinding mengikut bentuk hati yang besar. Malah lebih baik, tukar foto tahun demi tahun untuk kekalkan kesegaran hiasan. Bila dah siap, korang sendiri yang akan kagum dengan hasilnya.
So siapa kata nak berdekorasi memerlukan bajet yang besar? Kalau korang kreatif, benda yang orang lain kata susah pun boleh jadi senang. Mana tahu daripada situ nanti korang boleh jadi seorang pereka hiasan dalaman terkenal.
Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang