7 Sebab Kenapa Wanita Curang

Curang sebenarnya boleh menghancurkan kepercayaan dan harapan sesebuah perhubungan. Apatah lagi jika ia berlaku di pertengahan hubungan yang sudah menjangkau usia bertahun-tahun.

Ramai orang tidak boleh henti berfikir apakah sebabnya seseorang itu berlaku curang. Abang Jim pun tertanya-tanya kenapa wujudnya curang? Walaupun Abang Jim single lagi. Hahah!

Sudah pastinya dalam sesebuah perhubungan pasangan salah satunya pasti ada berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau mungkin pertengkaran.

Wanita yang berlaku curang (lelaki juga banyak yang berbuat sedemikian) selalunya disebabkan isu yang ada pada diri sendiri. Di sini Abang Jim senaraikan tujuh sebab sebenar wanita curang.

1.   Kurang keyakinan diri

Boleh kata wanita mungkin berlaku curang kerana kurang keyakinan diri. Disebabkan itu mereka merasakan yang mereka memerlukan lebih perhatian dari si lelaki untuk meningkatkan daya keyakinan diri. Tetapi ini bukan bermakna yang korang boleh jadikan ia satu alasan yang lelakilah punca korang berlaku curang sedangkan diri sendiri yang perlu diubah.

2.   Cepat Bosan

Sesetengah wanita yang berlaku curang adalah disebabkan cepat bosan dengan perhubungan. Mungkin mereka terlalu penat secara dalaman, kurang memuaskan di tempat kerja, tertekan dengan situasi sesebuah hubungan yang menyakitkan. Pada masa yang sama faktor peningkatan usia atau tanggungjawab yang dipikul terlalu membebankan membuatkan wanita cenderung untuk berlaku curang. Apatah lagi pabila berasakan diri jiwa kosong akibat kurang perhatian.

3.   Romantis

Wanita sukakan perkara yang romantik. Mungkin tidak semua, tetapi boleh kata majoriti wanita sukakannya. Pabila sesebuah ikatan yang terjalin dah kurang manisnya,  wanita cenderung untuk berganjak ke sebuah hubungan yang lain. Apatah lagi jika seseorang yang baru dikenali itu punya ciri-ciri yang lebih romantis, pastinya ia membuatkan kes curang berlaku.

4.   Gangguan dari pasangan yang bermasalah

Salah satu sebab yang paling ketara adalah apabila pasangan tidak kira lelaki atau perempuan terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau kaki mabuk. Dan disebabkan perkara itu, wanita atau lelaki akan berlaku curang demi untuk menyelamatkan diri.

Baca artikel ini: Jenis-jenis malas anda malas yang mana?

5.   Sifat obses pada sesuatu

Terdapat juga wanita yang obses akan perhatian ramai. Jika ada petanda sifat obses sebegini, ia juga boleh berlaku disebabkan masalah penyakit mental.

6.   Krisis di pertengahan usia atau masalah hormon

“Woman having difficulties getting up in the morning. Horizontal framing, shallow depth of field used, adobeRGB photo.”

Masalah krisis di pertengahan usia mampu merosakkan sesebuah hubungan. Ditambah pula dengan masalah hormon yang berlanjutan, ia membuatkan tekanan perasaan menjadi-jadi sehinggakan sifat curang itu semakin teruk.

7.   Perasaan diabaikan

Jika pasangan kepada seseorang wanita itu sering mengabaikannya dan kurang memberikan perhatian kepadanya, wanita akan lebih cenderung untuk mencari orang lain demi mencari seseorang yang lebih bersifat penyayang.

So yang lelaki, korang jangan ingat korang pun boleh berlaku curang tau. Bagi wanita pula, janganlah disebabkan hal remeh-temeh korang sanggup nak menduakan suami atau teman lelaki masing-masing. Tak baik tau berlaku curang.

Baca artikel ini: Berfesyen ikut kemampuan

Read Previous

11 Jenis Kurma Paling Sedap dan Popular di Malaysia

Read Next

4 Kesan Negatif Tabiat ‘Patahkan’ Jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + thirteen =