Sesiapa sahaja yang melihat kucing pasti akan tertarik dek kecomelan dan telatahnya yang mudah mencuit hati manusia. Rasa nak gomol-gomol jer! Abang Jim memang tak boleh tengok kucing, jadi geram. Memang habis laa muka kucing tu kena tenyeh. Nak-nak kalau kucing tu gemuk!
Bercakap pasal kucing gemuk ni, seorang gadis bernama Aisyah Sulaiman sangat gemar membela dan merawat kucing sebagai haiwan peliharaan.
Menariknya, kesemua kucing yang dipeliharanya sangat besar dan comel sehinggakan ia digelar sebagai ‘kucing gergasi’.
Dia ada berkongsi tips cara merawat haiwan tersebut sehingga menjadi besar dan montel kat FB dia. Sebelum tu korang kena tahu 6 perkara yang wajib diambil kira.
Baka
Baka merupakan antara faktor terpenting untuk menjadikan kucing korang montel dan besar. Awalnya, kucing peliharaan yang sedia ada di rumah gadis tu dikatakan berbaka campuran British Short Hair dan Domestic Cat yang berwarna kelabu. Kucing peliharaan itu pula kemudiannya dikacukkan dengan haiwan belaan baharunya yang berbaka Persian dan Flat Face. Kacukan ini secara tidak langsung telah menghasilkan generasi kucing baharu yang berketurunan kelabu dan oren.
Baca artikel ini: Kucing Bergaduh! Apa Nak Buat Ni?
Pemakanan
Dari segi pemakanan, di peringkat kitten, kucing tu diberikan makanan Royal Canin. Lepas jadi dewasa, bekalan makanan ditukarkan kepada Taste Of The Wild Canyon & Rocky yang mana sangat baik untuk pertumbuhan dan penjagaan bulu serta badan si Meow.
Tapi makanan tu hanya dibekalkan pada waktu siang jer sebab haiwan berkenaan akan dihidangkan dengan ikan selar rebus bersama nasi putih tanpa garam di sebelah malamnya. Pesannya gadis tu lagi, penjagaan makanan bagi kucing yang berbulu lebat merupakan perkara yang tidak harus dipandang remeh. Elakkan daripada beri makanan yang bergoreng, sebaliknya rebus kosong tanpa sebarang garam.
Makanan tambahan
Terpulang kepada individu untuk menggunakan supplement penggemuk atau tidak. Sekiranya enggan, cara tradisional yang paling efektif untuk menjaga bulu si bulus juga boleh dilakukan dengan memberi makan kuning telur.
Pasir
Sekiranya menginginkan kesan yang lebih efektif, pembela kucing digalakkan untuk menggunakan pasir mahal kerana ia lebih cepat menyerap najis dan kurang bergumpal. Untuk mengekalkan keselesaan dan kesihatan si bulus, penjaga disyorkan untuk sentiasa membersihkan bekas pembuangan najis secara konsisten dengan menggunakan peluntur agar tidak mudah terkena jangkitan virus Parvo.
Vaksin
Kucing perlu diberikan suntikan vaksin. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang berbulu lebat. Suntikan ini harus diberikan kepada si bulus agar dapat mengelakkan ia daripada terkena penyakit kurap dan gatal-gatal.
Mandul
Kucing peliharaan yang telah disunat atau dikasi merupakan faktor yang mendorong untuk mereka menjadi semakin gemuk. Ini kerana kadar metabolisme si bulus menjadi semakin berkurang selepas ia dimandulkan.
So korang, untuk memelihara si bulus sememangnya tidak mudah ok. Kos pun agak besar. Namun, kecomelan dan telatahnya yang mencuit hati pasti memberikan impak bahagia kat korang. Dah kalau sayang, tak kisah pun nak melabur sikit untuk si comel. Kan?
Baca artikel ini: Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!