Kalau bercakap pasal hobi, Abang Jim memang hobi dia tidur. Maksudnya, abang memang suka tidur sebab nak merehatkan badan lepas seharian bekerja. Pantang kalau nampak bantal, kat situlah Abang Jim akan landing.

Tapi berbeza dengan hobi seorang lelaki dari AS ni yang dianggap sangat pelik sebab dia gemar berpura-pura mati. Lelaki pelik tu, Chuck Lamb yang digelar ‘orang mati’ gemar berbuat demikian sebab dia mempunyai impian untuk berlakon di dalam drama TV dan filem, tapi malangnya tak kesampaian.
Kat bawah ni korang boleh tengok antara koleksi ‘mati’ yang diambil sendiri oleh Lamb untuk membuktikan bahawa dia adalah pelakon babak kematian terbaik.

So disebabkan dia tidak dapat berlakon, dia akan melakonkan sendiri watak yang digemarinya iaitu orang mati.
Baca artikel ini: Parodi COVID-19 Beauty and the Beast Mencuit Hati
Hahaha!! Kenapa laaa pelik sangat perangai tu. Kalau korang tengok gambar-gambar yang dia muat naik, banyak betul adegan mati yang dia lakonkan.

Cara kematiannya juga berbeza-beza. Ada yang mati sebab kemalangan, mati akibat dibunuh dan mati kerana serangan jantung.
Tak cukup dengan itu, dia juga akan merakamkan adegan kematiannya di dalam bentuk video dan gambar dan memuat naik gambar dalam laman blognya.

Lamb dah buat begitu sejak tahun 2005 dan telah mempunyai beratus-ratus koleksi gambar tentang kematian dirinya.
Korang pun kalau berbakat dalam lakonan, boleh laa try buat nanti. Hilang juga rasa bosan terperap jer kat rumah.
Mana tahu satu hari nanti ada produser filem nampak ‘lakonan’ korang tu, nanti boleh berlakon filem. Hihihi.
Baca artikel ini: Tamak! Tempah 1,900 Tempat Duduk Kat Stadium. Tapi Last-Last…