Betul laa kata pepatah ‘orang tamak selalu rugi’. Memang sesuai sangat! Itu laa tamak sangat tempah sampai 1,900 buah tempat duduk, last-last cancel. Pastu yang kena tanggung rugi pihak stadium. Haaa! Abang Jim nak pesan ni, korang jangan laa ada perangai macam si Kiyoshi Shibamura ni.
Mana tak, Shibamura sekarang berdepan dengan pertuduhan serius selepas dia tempah 1,900 tempat duduk kat dalam stadium, tapi akhirnya membatalkannya pada saat akhir.

Gara-gara sikap tamat dia tu, pihak stadium terpaksa menanggung kerugian besar. Tujuan lelaki tu berbuat demikian pada awalnya sebab dia nak jadi satu-satunya penonton yang menyaksikan perlawanan baseball kelab kegemarannya.
Baca artikel ini: Mencuri Sebab Stress. Pemandu Trak Curi 5,800 Buah Tempat Duduk Basikal Sejak 25 Tahun Lalu
So bila dia jadi satu-satunya penonton kat stadium, dia akan mempunyai lebih banyak ruang dan berpeluang muncul di kaca televisyen. Ooo rupanya giler glamer jugak si Shibamura ni yer.

Shibamura ni penyokong tegar kelab baseball Orix Buffaloes. So disebabkan terlalu ghairah, dia telah menempah tempat duduk di stadium dengan menggunakan nama palsu secara online.
Bukan satu jer tau nama palsu yang dia buat, tapi sebanyak 1,873 nama! Maka disebabkan sebanyak 1,900 buah kerusi ‘terjual’, maka pihak stadium telah menolak tempahan daripada penonton lain kerana tiket telah ‘sold out’.
Tapi last-last, Shibamura telah membatalkan kesemua pembelian tiket tersebut sehingga mengakibatkan pihak stadium kerugian sehingga mencecah AS$105,000 (RM450,975).

Memang giler betul si Shibamura ni. Disebabkan tindakan bodohnya, Shibamura dikhabarkan telah ditangkap pihak polis untuk siasatan.
Semasa disoal siasat, lelaki tu memberikan alasan bahawa, dia berbuat demikian sebab nak berasa selesa semasa menonton perlawanan baseball itu nanti.
Bukan itu jer, Shibamura juga memberi alasan untuk muncul di kaca televisyen semasa berdiri memberi sokongan pada kelab baseball kegemarannya.

Tak dapat dipastikan sama ada Shibamura hanya dikenakan hukuman denda atau penjara, tapi yang pasti, dia telah mengaku menyesal melakukan tindakan bodoh itu sebab telah menyebabkan pihak lain menanggung kerugian.
Hahaha! Orang macam ni pun ada yer kat dunia ni. Tak ada masalah, nak cari masalah. Sekarang tanggung laa akibatnya.
Baca artikel ini: Pekerjaan Paling Bosan Di Dunia. Ada Ke Yang Sanggup Bekerja Macam Michael?