Kan best kalau kat Malaysia pun ada cara yang sama macam yang dibuat kat Korea Selatan iaitu panggung wayang pandu masuk. Waktu-waktu darurat macam sekarang ni, tak adalah bosan sangat duduk kat rumah.
Boleh jugak keluar Abang Jim keluar menonton wayang walaupun hanya menontonnya dari dalam kereta. Korang pun mesti terujakan kalau ada konsep panggung wayang pandu masuk ni?
Sejak penularan wabak COVID-19 , pelbagai cara telah dilakukan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk menghiburkan diri sendiri. Tapi pada masa sama, diaorang mahu mengelak daripada dijangkiti.

Macam kat Seoul, Korea Selatan apabila orang-orang kat sana memilih untuk menggunakan panggung wayang pandu masuk sebagai salah satu cara untuk berhibur tanpa bimbang risiko dijangkiti COVID-19.
Baca artikel ini: Siapa Punya Kerja Ni?! Buruknyer perangai rembat sanitizer untuk kegunaan awam kat hospital
Ingatkan nak beli makanan jer ada pandu lalu, rupanya nak tengok wayang pun boleh yer. Kat panggung wayang pandu masuk yang terletak di Park Dong-ju tu, penggemar filem hanya boleh memghabiskan masa menonton movie dari dalam kenderaan masing-masing yang diparkir di depan layar gergasi.

Walaupun orang ramai hanya dibenarkan menonton filem dari dalam kereta jer, tapi tiket yang dijual tetap laku keras yer apabila berlaku peningkatan antara 10% hingga 20% jualan pada hari biasa, dan tiket akan sold out pada hujung minggu.

Kat laman web panggung wayang pandu masuk tu ada iklan bertulis “Dibuka sepanjang tahun” dan ia sesuatu pendekatan yang sangat berbeza pernah dilakukan.
Peluang menonton wayang dari dalam kereta tu menyebabkan ada pelanggan tidak kisah untuk menunggu selama 2 jam bagi mendapatkan tiket, asalkan mereka dapat menghiburkan diri dengan menonton wayang.
Wahhh! Agak-agak kalau kat Malaysia buat cara macam ni, berkesan ke tak yer? Yer laa, siapa yang boleh tahan bila dikuarantin dalam rumah lama-lama, at least kalau ada wayang pandu masuk ni, sesekali dapat laa juga keluar berlibur kat luar rumah.
Baca artikel ini: Topeng Muka Dah Macam Emas. Perompak Bawa Lari 6,000 Topeng Muka