Tiada pilihan lain sampai doktor terpaksa pilih siapa pesakit yang perlu diselamatkan. Yer, Abang Jim dengar benda ni pun rasa terkilan sangat.
Sepatutnya semua orang berhak diberi peluang untuk hidup dan dapatkan rawatan sewajarnya. Tapi itulah, disebabkan keadaan menjadi semakin tidak terkawal dan bertambah buruk, keputusan berat macam tu terpaksa digunakan.
Baca juga artikel ini: Kebaikan Coklat Hitam Untuk Kekal Fokus
Pasalnya, kat Itali sekarang jumlah kematian akibat menghidap COVID-19 menjadi semakin meningkat dengan angka melebihi 2,000 kematian. Manakala 25,000 orang lagi disyaki positif.
Nak tak nak, pihak kerajaan Itali terpaksa melakukan sekatan perjalanan masuk dan keluar termasuk meminta kira-kira 60 juta orang penduduknya berkurung dalam rumah masing-masing.
Apa yang membuatkan Abang Jim terkilan bila pihak hospital kat Itali tiada pilihan lain apabila bakal menolak rawatan pesakit warga emas yang berusia 80 tahun dan ke atas.
Maksudnya kat sini, warna emas yang dah berumur lebih 80 tahun, mereka tidak akan dirawat dan dibiarkan mati. Selain warga emas, individu lain yang bakal menerima nasib sama ialah golongan yang mempunyai tahap kesihatan terlalu buruk dan tiada harapan untuk sembuh
Benda tu masih lagi dalam peringkat perbincangan dan bakal dilaksanakan jika jumlah kematian dan pesakit baharu meningkat. Abang Jim tak boleh bayangkan benda ni terjadi kat ahli keluarga kita.
Terbayang wajah mak ayah dan dah berumur kat kampung tu. Menurut pihak kerajaan Itali, mereka terpaksa melaksanakan protocol ‘kejam’ itu kerana jumlah katil di hospital tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit.
Selain tu, mereka juga kekurangan kemudahan alat bantuan pernafasan yang semakin terhad untuk pesakit kat ICU.
Baca artikel ini: Tak Patut Berlaku. Kesian Kat Budak-Budak Asrama
Sebenarnya idea kerajaan ni mendapat reaksi membimbangkan dalam kalangan anggota perubatan sebab diaorang terpaksa memilih pesakit yang perlu diselamatkan selepas ni. Untuk pesakit yang dah tak ada harapan, mereka akan dibiarkan sahaja sehingga meninggal dunia.
Abang Jim berharap dan berdoa agar perkara macam ni takkan berlaku kat Malaysia ni. Bimbang juga. Apa-apa pun, korang manfaatkan masa dan waktu ni dengan patuh pada arahan yang dikeluarkan ok.