Asyik Nak Membuta Jer! 10 Perangai Budak Uni Kat Dalam Kelas

Sejak kat bangku sekolah lagi, korang akan jumpa segelintir pelajar yang mempunyai karakter masing-masing kat dalam kelas. Biasanya pelajar yang pandai kononnya selalu duduk di bahagian paling depan dalam kelas. Manakala yang nakal, suka bermain biasanya akan duduk dibahagian belakang.’

Kat universiti pun sama apabila korang akan jumpa macam-macam jenis pelajar ‘unik’ kat dalam  kelas. Mungkin ada kawan-kawan korang yang termasuk dalam kategori ‘unik’ ni atau korang sendiri yang ‘unik’?

So hari ini, Abang Jim nak senaraikan 10 jenis pelajar ‘unik’ yang biasa korang jumpa waktu belajar kat universiti. 

  • Selalu lewat

Ada tak classmate korang yang selalu datang lewat? Tipu kalau tak ada. Mungkin salam satu sem tu sekali jer dia tak pernah lewat. Disebabkan perangai dia tu, lecturer pun mesti dan kenal muka dia dan cop sebagai ‘ratu’ atau ‘raja’ lewat. Kalau lewat sikit setakat 1 hingga 2 minit tak apa. Ini datang lewat lagi 15 minit kelas nak habis baru laaa nampak batang hidung jalan terkedek-kedek ke tempat duduk. Hello?? Kau ingat kau tu diva?

  • Tidur dalam kelas

Ada pelajar dalam kelas kerja dia asyik nak membuta jer. Kalau ada 10 kelas semua dia bantai tidur. Mesti adakan? Ke ada yang lebih teruk sebab satu semester tu boleh dikatakan sepanjang kelas dia akan tidur sampaikan pensyarah pun dah malas nak tegur. Adoiii! Nak-nak kalau kelas tu start pagi, memang mengantuk woiii! Kelas lepas lunch pun boleh menguji keimanan juga tau sebab dia punya mengantuk tu rasa macam nak usung tilam bawa masuk dalam kelas.

  • Kawan dengan semua orang

Jenis yang ini mesti adakan? Ada pelajar kalau keluar kelas jer mesti ramai yang akan tegur walaupun berbeza fakulti semester. Lepas tu kat dalam kelas, dia sangat laaa peramah, suka tegur orang dan kecoh. Biasanya pelajar yang jenis macam ni dikategorikan sebagai budak popular sebab semua orang kenal dia.

  • Banyak soalan

Korang yang tak ada classmate macam ni memang sangat bertuah. Pelajar jenis ni biasanya kuat bertanya soalan kat dalam kelas sampaikan asyik-asyik muka dia jer yang angkat tangan. Paling menyakitkan hati, bila dah penghujung kelas lecturer akan tanya ‘ada apa-apa soalan lagi tak’? Yang lain-lain dah sebuk nak kemas beg tak sabra nak balik bilik, tapi disebabkan sorang pelajar yang kuat bertanyakan soalan ni, pelajar lain terpaksa dengar juga.

  • Bodek lecturer

Memang ada pun jenis pelajar yang suka membodek lecturer. Membodek ada makna tu. Yer laa kalau dah baik dengan lecturer, nanti senang laa nak dapat markah assignment. So nak tak nak, kena laa berbaik-baik dengan pensyarah yer.

  • Pandai tapi pemalas

Kalau dapat classmate yang macam ni memang sakit hati laaa juga sebab dia belajar dah laa malas, asyik tidur, nak nampak batang hidung kat library memang tak laa. Tapi dia punya result exam fuhh! Silap-silap tiap-tiap semester asyik dia jer dapat Dekan. Apakah? Tapi jangan pelik guys sebab pelajar jenis macam ni memang ada dan wujud! Ko makan apa ek?

  • Pandai dan rajin

Kategori budak ‘nerd’ kot? Korang mesti ada member jenis macam ni. Dah laa pandai, rajin pulak tu. Kat dalam kelas study, kat kafe study, dalam bilik study. Hey! Tak ada life ke? Please berlibur laa sikit.

  • Pilih group

Kat dalam kelas biasanya akan ada puak-puak yang ada geng masing-masing. Kalau ada group presentation, balik-balik muka itu jer laaa kawan-kawan dia. Bukan apa, kalau dah ada kumpulan sendiri tu senang jugak sebab masing-masing dah faham perangai masing-masing. Tapi ada juga dalam ramai-ramai tu, mesti ada sorang dua perangai tak boleh harap!

  • Pendiam

Yes! Jenis yang ini memang ada kat dalam mana-mana kelas.Senyap jer sepatah bunyi pun tak keluar daripada mulut dia. Sampaikan sebab terlalu pendiam, korang tak sedar pun dia wujud. Ehh! Sama course rupanya, tak pernah perasan pun. Pelajar jenis macam ni biasanya tak ada kawan. Tak tahu laa sebab dia pemalu ke atau memang perangai dia macam tu.

  • Bawa diri

Bawa diri ni maksudnya datang kelas berlenggang tak bawa apa-apa. Beg ntah ke mana, buku, alat tulis. Dia bawa diri dengan otak dia jer. Lepas tu mula laa meminjam pen laa, kertas kajang laa, nota. Ehh kau! Ingat muka kau lawa?

Itulah dia beberapa pattern pelajar kat universiti. Kalau perangai yang macam palat tu memang boleh buat gaduh beb. Apa-apa pun, masuk universiti sebab nak capai cita-cita. So belajarlah rajin-rajin yer adik-adik Abang Jim sekalian.

Read Previous

Patutlah Awak Selalu Happy Jer Sebab Suka Aiskrim Vanilla Rupanya. Korang plak Suka Perisa Apa?

Read Next

Kerap Sangat Sakit Kepala. Kenapa? Ketahui 10 Jenis Dan Punca Sakit Kepala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 1 =