Berak Dalam Waktu Kerja, Lelaki Malaysia Ini Bingung Terima Notis Dipecat

Pernah dengar tak kes berak pun boleh jadi punca seorang pekerja tu dipecat?

Baru-baru ini, media Kosmo! ada melaporkan yang seorang lelaki meluahkan rasa kesalnya apabila menerima notis dibuang kerja disebabkan beliau buang air besar semasa waktu bekerja. 

“Sebenarnya pagi tadi (semalam) kami berdua ada selisih faham. Dia marah-marah di tempat kerja kerana saya membuang air besar ketika waktu bekerja.

Bila saya sudah selesai urusan sebelum itu, dia suruh saya cari kerja lain sebab 31 Ogos (semalam) adalah hari terakhir saya kerja. Saya terus terkedu. Tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi begini.”

Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: Tony Mucci via unsplash.com

Menerusi satu posting Facebook yang kini sudah pun dipadam, lelaki tersebut meminta bantuan penjelasan daripada mereka yang bekerja di Jabatan Buruh tentang perkara ini. Notis yang diberikan adalah sebulan.

Apabila ditanya tentang sebab-sebab diberhentikan, alasan yang diberikan langsung tidak kukuh. Malah surat amaran juga tiada. Bila diminta surat tunjuk sebab bagi membuktikan punca diberhentikan, pihak syarikat enggan.

Pendapat korang macam mana?

Sebelum ni, min pernah dengar yang seorang pekerja (kes luar negara) pernah kena pecat sebab kongsi meme dengan ayat, “Boss makes a dollar, I make a dime. That’s why I poop on company time.”

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: Giorgio Trovato via unsplash.com

Read Previous

Dipecat Kerana Tak Hadir 1,535 Hari, Ada Cerita Di Sebalik Kisah Guru Ini

Read Next

10 ‘MUJI-Inspired’ Barang Hiasan Rumah Harga Bajet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 5 =