Dipecat Kerana Tak Hadir 1,535 Hari, Ada Cerita Di Sebalik Kisah Guru Ini

Baru-baru ini, keputusan Mahkamah untuk membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang guru yang dipecat kerana tak hadir selama 1,535 hari ke sekolah mendapat perhatian ramai.

Rupanya ada kisah di sebalik kejadian beliau yang gagal melapor diri untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, Gerik.

Menurut laporan, beliau yang dikenali sebagai Yahya Wahi, 44 tahun menerima pertukaran tersebut. Namun gagal datang pada tarikh yang sepatutnya dan hanya memulakan tugas selepas empat tahun kemudian iaitu dari 3 April 2013 hingga 16 Mei 2017.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Saul Bucio via unsplash.com

Ini kerana beliau baru mendapat tahu untuk ke sekolah tersebut, mereka perlu menaiki sebuah bot bagi menyeberangi tasik. Kegagalannya datang bertugas akhirnya selesai apabila beliau menjumpai jalan darat yang boleh dilalui untuk ke sekolah. 

Yahya yang fobia air selepas hampir lemas semasa kanak-kanak dan abangnya turut meninggal dunia dalam kejadian tersebut juga telah menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan di Sungai Petani dan dirujuk ke Jabatan Psikiatri untuk penilaian lanjut pada 2015.

Malah, terdapat juga laporan perubatan daripada pakar psikiatri perunding dari Hospital KPJ Ipoh pada 2017 mengenai keadaannya.

Menamakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Khair Mohamad Yusof, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Perak, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai responden, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, K Muniandy memutuskan bahawa keputusan responden untuk menamatkan kerjaya perguruan Yahaya dan memecatnya daripada berkhidmat dengan kerajaan adalah tidak wajar, tidak rasional, tidak berkadaran dan tidak sah daripada segi prosedur.

Walaupun beliau sudah cuba berunding dengan pihak berkaitan dan memohon untuk bertukar sekolah, namun tidak diendahkan sebelum dipecat pada 9 Ogos 2019.

Dengan keputusan mahkamah, 31 Julai 2023 menjadi tarikh bersejarah apabila beliau kembali menyandang jawatannya sebagai guru.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit gambar utama: MChe Lee via unsplash.com

Read Previous

Di Sebalik Tabir Kejayaan Konsert MUSE Berlangsung Di Malaysia Lepas Kontroversi The 1975

Read Next

Berak Dalam Waktu Kerja, Lelaki Malaysia Ini Bingung Terima Notis Dipecat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 5 =