Lepas je kontroversi yang melibatkan kumpulan The 1975 dalam konsert Good Vibes Festival, tak dinafikan yang ramai penganjur mula ‘tak senang duduk’ disebabkan risau. Terutamanya jika konsert tu memang betul selepas kontroversi berkenaan.
Berlangsung pada 29 Julai yang lalu, dikatakan hampir 53,000 penonton datang menghadiri konsert ini yang menjadikan ia sebagai konsert kedua teramai selepas konsert Blackpink pada Mac lalu.
Di sebalik kejayaan konsert ini, tahukah korang ada beberapa perkara menarik yang berlaku di sebalik tabir yang menarik untuk diketahui.
Menerusi perkongsian Sharil Azri, seminggu sebelum konsert berlangsung, rupanya kontena produksi MUSE dah selamat mendarat di Malaysia. Segala benda yang ada dalam kontena itu digunakan untuk menjayakan konsert yang akan berlangsung.
Tapi dalam banyak-banyak benda, benda paling besar adalah backdrop stage yang belum lagi dipilih yang mana mahu dijadikan tema konsert. Sama ada topeng cyber atau figura bertanduk. Pada topeng mungkin tak menjadi masalah, namun yang menjadi kerisauan penganjur adalah tanduk tersebut.
Gambar backdrop figura bertanduk daripada konsert MUSE di Marseille.
Lepas kajian dilakukan, maka pihak penganjur kemudiannya perlu memujuk MUSE untuk tidak menggunakan tanduk tersebut atas beberapa sebab.
Nasib baik jugalah mereka setuju dan hasilnya, konsert MUSE mendapat ramai pujian dan dikatakan sebagai konsert terbaik tahun ini dan konsert terbaik yang diadakan di Malaysia. Bukan setakat daripada segi kualiti persembahan dan vokal, gitaris pun power!
Malah MUSE juga dipuji sebab setuju dengan wakil pengajur Hello Universe Malaysia, Adam Ashraf untuk mengeluarkan sebuah lagu daripada seatlist kerana tajuknya yang tidak bersesuaian dan mengikut garis panduan Malaysia.
Tak sabar nak tunggu Coldplay pulak hujung tahun ni. Katanya bakal meriah dengan lebih 65,000 orang penonton!