Remaja Terkena Kilat Masa Guna Earphone, New Fear Unlocked

Daripada kecil lagi, kita selalu diingatkan tentang bahaya yang boleh mendatangi semasa kilat petir. Mungkin peratusan disambar adalah kecil, tetapi jika terkena kesannya boleh memudaratkan malah sehingga boleh maut!

Kalau sebelum ini kita selalu diingatkan supaya tak gunakan telefon atau berada di luar rumah semasa kilat berlaku, tapi korang tahu tak sebenarnya pakai earphone pun boleh meningkatkan risiko korang disambar?

Baru berlaku, seorang remaja lelaki dari Kelantan dipercayai terkena kilat semasa menggunakan earphone sehingga menyebabkan dia kerap pengsan selama dua hari. Semasa operasi membawa mangsa ke hospital, mangsa terpaksa diusung kerana tak mampu berdiri.

Kredit: Harian Metro/ via media sosial

New fear unlocked!

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon, pernah menjelaskan fenomena kilat terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan pada ketika itu jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan di mana suhunya boleh mencapai sehingga 30,000 darjah Celsius!

Tapi walaupun kilat berbahaya kepada manusia, ia sebenarnya bermanfaat kepada persekitaran dan penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik disebabkan bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlakunya ribut petir.

Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: Daniel Fontenele via unsplash.com

Read Previous

Dari Besi Buruk Ke Rekod Dunia Guinness, Ini Kereta Terpanjang Di Dunia Dengan Panjang 100 Kaki Yang Lengkap Dengan Padang Golf & Helipad!

Read Next

Di Sebalik Tabir Kejayaan Konsert MUSE Berlangsung Di Malaysia Lepas Kontroversi The 1975

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 14 =