Siapa sangka daripada besi buruk boleh bertukar menjadi sejarah yang terukir di dalam Rekod Dunia Gunness?
Diiktiraf sebagai kereta terpanjang di dunia, kereta yang dikenali sebagai The American Dream ini memiliki kepanjangan sebanyak 100 kaki (30.5 meter)! Mula dibina pada tahun 1986, kereta ini pada awal cuma sepanjang 60 kaki.
Ia bagaimanapun kemudiannya ditambah lagi sehingga kepanjangan yang sekarang sehingga layak dinobatkan di dalam buku rekod dunia ini.
Ada apa je dalam kereta tu?
Memang bukan biasa-biasa. Kalau nak tahu dekat dalam ini bukan setakat ada TV dan peti ais, tetapi ada juga kolam renang, padang golf mini, jakuzi dan juga helipad! Fuh, memang extraordinary betul.
Dengan kepanjangan sebegitu, kereta ini boleh memuatkan sehingga 75 orang dalam satu-satu masa.
Tapi sayangnya, kereta ini tak akan dipand ke mana-mana, sebaliknya hanya akan diletakkan sebagai pameran di Muzium Kereta Dezerland Park yang mana di muzium inilah terletaknya koleksi-koleksi kereta antik yang lain.
Cool gila kan?
Kredit imej utama: Guinness World Record