Percaya atau tidak jika min katakan ada pengemis yang sebenarnya jutawan?
Menghabiskan masa setiap hari dengan meminta sedekah, seorang pengemis dari India ini dikhabarkan sudah pun memiliki harta lebih RM4.5 juta hasil daripada pekerjaannya itu.
Mengemis di kawasan jalan raya di Mumbai, Bharat Jain mampu peroleh antara RM110 hingga RM137 setiap hari dengan bermodalkan muka kesian daripada mereka yang bermurah hati untuk menderma.
Menerusi sumber, beliau tidak mampu untuk menyambung persekolahan kerana miskin dan terpaksa mengemis. Namun, ‘profesion’ itu tidak beliau benarkan untuk diwarisi oleh dua orang anak lelakinya yang mana keduanya dilaporkan sudah menamatkan pendidikan dan bekerja.
Walaupun keluarganya sudah menasihatinya untuk berhenti mengemis kerana sudah mampu hidup selesa, Bharat masih tetap ingin meneruskan kerjayanya biarpun namanya selalu menjadi topik berita di sana.
Gambar utama sekadar hiasan. Kredit: Giorgio Trovato via unsplash.com