Penat Seller Banyak Dalih, Ini Cara Ajar Seller Bila Korang Beli Tapi Terima Barang Lain

Sekarang ni semua online. Barangan keperluan diri, makanan malah barang dapur serta alat-alat untuk keperluan rumah pun boleh didapati secara online je.

Memang seronok sebab memudahkan. Tapi… Masalahnya datang bila ada sesetengah penjual yang tak jujur. Hantar barang dengan pembungkusan ala kadar, barang rosak tak nak ganti atau yang lebih teruk lagi hantar barang salah dan sengaja tidak mahu refund dengan cara melengahkan masa.

Sepanjang pengalaman membeli online, mesti pernah paling tidak pun sekali kan terkena macam ni? 

Kalau korang rasa perbincangan dengan penjual tak jumpa jalan penyelesaian, ini cara yang boleh korang buat.

Terus buat aduan di Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN). Tak perlu ke kaunter, korang boleh isi je borang online eaduan.kpdn.gov.my ini dan pihak KPDN akan menghubungi semula untuk siasatan lanjut.

Macam yang berlaku pada seorang wanita yang melakukan pembelian di TikTok live ini. Beli 5 helai bawal batu, tapi bila sampai bawal tak ada batu pulak. Harga pun berbeza.

Apabila memaklumkan kepada penjual, penjual memberitahu bahawa pihak mereka akan mengepos semula tudung yang diorder. Malangnya, seminggu berlalu tetapi barang masih tak sampai. Malah banyak alasan yang diberikan apabila beliau meminta nombor tracking bungkusan.

Tapi apabila dihubungi pihak KPDN, memang terus barang dipos siap dengan nombor tracking lagi diberikan! Haaa tahu pun takut kan?

Jadi lepas ni kalau penjual buat main-main bila korang minta refund atau complaint dapat barang salah, terus je buat aduan ke KPDN. Silap hari bulan, jika penjual masih tidak bertindak selepas dihubungi KPDN mereka boleh disaman!

Sumber: Facebook Aini Noraini

Read Previous

Barista Dakwa Dipecat Lepas Tweet Tahu Bagaimana Pilih ‘Stupid Customers’ Untuk Push Add-On

Read Next

Pengemis Paling Kaya Di Dunia Dengan Aset Lebih RM4.5 Juta!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + five =