Barista Dakwa Dipecat Lepas Tweet Tahu Bagaimana Pilih ‘Stupid Customers’ Untuk Push Add-On

Kalau korang biasa pergi kedai kopi macam Starbucks, pasti akan terima soalan daripada barista ada tak add-on yang nak ditambah pada minuman. Inilah yang dinamakan strategi dalam meningkatkan jualan dan tak ada paksaan pun untuk korang add-on, cuma ia sekadar cadangan/pertanyaan daripada barista je.

Tapi ada seorang netizen yang mengaku sebagai barista Starbucks telah menaikkan kemarahan netizen dengan responnya kepada satu statement berkenaan dengan cara Starbucks untuk upsell makanan mereka.

“As a barista myself, I know how to choose some ‘stupid customers’ and push add ons.”

Tak salah nak push add-on, tapi melabel sesetengah pelanggan yang menyumbang kepada jualan dengan label ‘tidak pandai’ adalah salah satu perkara yang tidak boleh diterima. 

Selain daripada menasihati untuk memadam tweet tersebut, ada juga netizen yang terus ‘memanggil’ akaun Starbucks Malaysia mengenai isu ini. 

Menerusi sumber WeirdKaya,  wakil daripada Starbucks mendakwa hasil daripada siasatan dalaman mendapati bahawa lelaki ini sudah tidak lagi bekerja bersama mereka dan cuma berkhidmat selama 3 hari pada 2021. 

Read Previous

Perang Twitter vs Thread: Elon Musk Cadang Adakan Pertandingan Bandingkan Saiz Zakar Mereka

Read Next

Penat Seller Banyak Dalih, Ini Cara Ajar Seller Bila Korang Beli Tapi Terima Barang Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 5 =