‘Perang’ antara Elon Musk dengan Mark Zuckerberg nampaknya menjadi semakin menarik (?) apabila Elon Musk mengeluarkan kenyataan cadangan supaya saiz zakar beliau dan Mark diukur.
“Zuck lelaki lemah. Saya cadangkan pertandingan mengukur zakar.”
Kenyataan kontroversi di Twitter yang disertakan bersama emoji pembaris di hujungnya itu bagaimanapun masih lagi tidak mendapat respon daripada Mark Zuckerberg.
Elon Musk (Twitter) sebelum ini mengancam akan menyaman Meta dengan tuduhan syarikat Meta melakukan penyelewengan serta menyalahi undang-undang rahsia perdagangan Twitter dan harta intelek lain.
Elon Musk juga menuduh Meta mengupah puluhan pekerja Twitter yang mempunyai akses terus kepada rahsia perdagangan Twitter dan maklumat sulit yang lain.
Elon Musk nampaknya masih lagi tidak berpuas hati apabila platform media sosial terbaru yang dibangunkan pesaingnya, Mark Zuckerberg iaitu Thread berjaya mengumpuul lebih 100 juta pengguna dalam tempoh masa yang singkat dengan cara organik. Malah dalam tempoh lima jam pertama, jumlah pengguna yang dicatatkan sudah pun mencecah 5 juta.