‘Hidup Rem, Dah ‘Pergi’ Pun Rem’, Ini Cara Anak Buah Beri Penghormatan Dalam Momen Terakhir Raja Motor

Ziarah dan penghormatan terakhir selalu menjadi momen terakhir untuk ‘bertemu muka’ dengan si mati. Selalunya upacara ‘last rites’ ini berbeza mengikut anutan dan budaya si mati.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video penghormatan terakhir yang dipercayai dalam kalangan geng motor. Berlaku di Indonesia, momen yang dirakam dalam tempoh seminit itu berjaya mencuri perhatian netizen.

Mana tidaknya, ritual penghormatan terakhir diberikan kepada si mati yang dipercayai digelar sebagai ‘Raja Rem’ dilakukan dengan begitu unik sekali. 

Kesemua ahli geng menanti giliran untuk berhenti di tepi keranda sebelum mula me’rem’ sekuat hati motosikal mereka dalam keadaan menangis dan memegang keranda dengan sebelah tangan.

Mungkin ada yang tertanya, bagaimana reaksi mereka yang hadir dalam upacara tersebut kan? Menonton video, mereka hanya berdiri dan memerhati sahaja kelakuan ahli geng yang memberikan penghormatan terakhir tersebut.

Dalam banyak-banyak ritual penghormatan terakhir, ada yang lagi unik yang pernah korang jumpa tak?

Video: Twitter 

Read Previous

Penumpang Termuda Yang Pernah Lawat Bangkai Titanic Dedah Pernah Tak Sedarkan Diri

Read Next

Perang Twitter vs Thread: Elon Musk Cadang Adakan Pertandingan Bandingkan Saiz Zakar Mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 1 =