Selepas beberapa siri kontroversi melibatkan tragedi kapal selam Titan yang meletup dalam ekspedisi ekstrem melawat bangkai Titanic pada Jun lalu, OceanGate mengejutkan ramai apabila sekali lagi membuka lawatan tersebut untuk tahun 2024. Kali ini penyertaan dibuka kepada umum.
Di sebalik kisah-kisah ekspedisi ekstrem ini, tahukah korang yang rekod penumpang termuda melawat bangkai Titanic pernah dicatatkan adalah pada umur 13 tahun?
Didedahkan oleh media Mirror, Sebastian Harris yang baru berusia 13 tahun (2005) semasa menyertai lawatan itu memberitahu beliau tidak sedarkan diri atau ‘tertidur secara tiba-tiba’ kerana kekurangan oksigen.
Bapanya, G. Michael Harris merupakan ketua ekspedisi bersama pereka kapal selam Mir II (bukan milik OceanGate), Anatoly Sagalevich kemudian menyedari anaknya tidak lagi bergerak. Rupa-rupanya tahap oksigen dalam keadaan kapal selam sudah tenggelam pada ketika itu adalah 17%.
“Mereka menyedari masalahnya, menghidupkan semula oksigen dan akhirnya semua baik-baik sahaja.”
Dalam masa 10 saat, Sebastian kembali sedar dan berkata, “Wah, ini sangat cool.”
Kredit gambar utama: OceanGate/Wikipedia