Mencipta kejayaan luar biasa pada musim pertama, ramai yang teruja bila Netflix umumkan yang mereka akan menyambung Squid Game untuk musim kedua.
Yang menariknya, untuk musim kedua barisan pelakon utamanya masih sama iaitu Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun dan disertai oleh pelakon popular lain seperti Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young dan ramai lagi.
Media Korea Selatan melaporkan bahawa untuk musim kedua, Lee Jung-jae telah meminta bayaran lebih $1 milion untuk setiap episod yang mana jika ditukarkan ke nilai MYR boleh mencecah RM6.5 juta.
Akan tetapi, sejauh mana kesahihan berita tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan.
Fuh, kalau betul setiap episod dibayar macam tu memang jutawan teruslah Gi-hun!
Sumber: Koreaboo