Derma Najis Korang & Boleh Dapat Bayaran RM50! Ini Caranya

Selama ni lepas buang hajat, kita akan terus flush. Maka hilanglah ‘emas’ korang bersama dengan memori bersamanya ke alam yang satu lagi. (Sidenote: Walaupun ada je yang lepas buang hajat tak reti flush.)

Di Twitter, satu tweet menarik perhatian netizen apabila beliau berkongsi cara untuk menjadi penderma najis dan mendapat saguhati daripada perbuatan tersebut!

Dengan setiap dermaan, penderma akan menerima baucar Aeon/Grab bernilai RM50 dan laporan ringkas tahap kesihatan usus.

Untuk pengetahuan korang, projek ini merupakan projek kolaborasi antara Monash University Malaysia dan Asian Microbiome Library Pte Ltd, syarikat start-up mikrobiom yang pertama di ASEAN.

Macam mana nak sertai? Korang boleh isi pre-registration form dulu. Penderma yang sesuai akan dihubungi sebelum tindakan selanjutnya di mana korang akan diminta untuk sediakan beberapa item atau informasi.

Kalau berminat, boleh tengok info lanjut di 1000MYmicrobiome Project.

Read Previous

Dikawal Guna Gaming Controller, Ini Yang Berlaku Dalam Kejadian Kapal Selam Yang Hilang Dalam Lawatan Bangkai Titanic

Read Next

‘Sampai Sakit Kepala Dibuatnya,’ Filem Old Buat Orang Menua Dengan Cepat Di Netflix Memang Bikin Jiwa Kacau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + eight =