18 Jun 2023 adalah tarikh bersejarah apabila sebuah kapal selam milik Ocean Gate berlepas dalam ekspedisi lawatan ke bangkai kapal Titanic di Laut Atlantik yang berada pada kedalaman 3,800 meter di bawah paras laut.
Namun, malang yang berlaku apabila lawatan yang sepatutnya berjalan selama 8 hari itu tiba-tiba dilaporkan hilang dan gagal dijejaki selepas 1 jam 45 minit kemudian. Dengan bekalan oksigen kecemasan yang hanya mampu bertahan sehingga 70 jam sahaja, misi mencari dan menyelamat kumpulan pelancong ini semakin giat diteruskan.
Dilaporkan selain daripada 2 orang pengendali kapal, 3 orang pelancong turut berada di dalam kapal tersebut yang mana salah seorang daripadanya adalah jutawan British, Hamish Harding. Kesemua mereka sanggup membayar sekurangnya $250K (±RM1.16 juta) untuk menyertai ekspedisi ekstern ini.
Dalam satu laporan terbaru, CEO OceanGate, Stockton Rush mendedahkan bahawa kapal selam ini dikawal menggunakan Logitech Gaming Controller G F710 yang diubahsuai. Sebelum diubah suai, controller ini boleh didapati di pasaran dengan harga $30 (±RM139).
Controller tersebut telah pun melalui proses percubaan dan hasil menunjukkan perjalanan lancar. Malah, Stockton sendiri tidak dapat memastikan sama ada controller tersebut merupakan salah satu punca kehilangan kapal selam tersebut.