Doktor Palsu Suntik Punggung Klien Dengan Campuran Super Glue, Simen & Pengedap Tayar Untuk Hasil Lebih Cantik

Pada tahun 2015, seorang wanita transgender yang digelar ‘Doctor Toxic Tush’ telah didakwa kerana kesalahan melakukan prosedur yang boleh membawa maut kepada kliennya. 

Mengaku bersalah menggunakan campuran toksik untuk rawatan membesarkan punggung seorang klien sebelum kliennya meninggal dunia, Oneal Ron Morris dilaporkan telah dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara di Mahkamah Broward County Florida.

Mangsa, Shatarka Nuby dilaporkan telah menerima 10 suntikan antara 2007 hingga 2010 dengan bayaran $2,000 yang mana bahan yang digunakan Morris adalah Super Glue, simen dan bahan kedap tayar (Fix-a-Flat).

Morris yang juga bukan doktor berlesen menggabungkan silikon, minyak mineral dan tiga bahan di atas untuk menghasilkan bahagian punggung yang lebih cantik. 

Selain daripada berisiko maut, ada juga antara kliennya yang sakit dan cacat selepas pembedahan kecantikan tersebut. 


Sebelum ini, beliau juga pernah menjalani hukuman penjara kerana mengamalkan penjagaan kesihatan tanpa lesen. 

Kredit gambar utama: Anaya Katlego via unsplash.com

Read Previous

Tiada Lagi Kumpulan B40, M40 & T20 Bermula Tahun Hadapan

Read Next

Dikawal Guna Gaming Controller, Ini Yang Berlaku Dalam Kejadian Kapal Selam Yang Hilang Dalam Lawatan Bangkai Titanic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + one =