Tiada Lagi Kumpulan B40, M40 & T20 Bermula Tahun Hadapan

Di Malaysia, pengelasan B40, M40 dan T20 mengikut pendapatan isi rumah bukan lagi sesuatu yang asing. Biasanya, golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) merupakan antara penerima manfaat yang paling besar jika dibandingkan dengan golongan pendapatan pertengahan (M40) dan pendapatan tinggi (T20).

Namun, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengumumkan beberapa peralihan yang bakal berlaku yang mana salah satunya ialah penghapusan secara berperingkat pengelasan golongan B40, M40 dan T20 bermula 2024.

Malah semua infrastruktur yang sedia ada dan perlu melakukan ujian perintis akan dilihat semula sebelum mengambil keputusan berapa tahap pendapatan yang layak diberikan bantuan. 

Satu demi satu termasuklah bantuan sosial yang disepadukan berdasarkan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah supaya kerajaan dapat meminimumkan ralat pengecualian subsidi yang berlaku akibat pengelasan kategori gaji ini. 

Pendapat korang bagaimana?

Kredit gambar utama: NSTP via nst.com.my

Read Previous

Intern Bongkar Rahsia Di Sebalik Pagar Rumah Agam Datuk Yusof Haslam Yang Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Sembilu Kasih

Read Next

Doktor Palsu Suntik Punggung Klien Dengan Campuran Super Glue, Simen & Pengedap Tayar Untuk Hasil Lebih Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven − three =