Dalam industri perfileman tanah air, nama Datuk Yusof Haslam bukanlah sesuatu yang asing lagi. Mengasaskan Skop Production pada tahun 1985, beliau dan syarikat penerbitannya masih kekal relevan sehingga ke hari ini yang mana bakatnya turut diwarisi dua orang anaknya, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof.
Baru-baru ini, ‘budak intern’ menerusi TikTok rasmi Skop Production tampil membongkar di sebalik pagar rumah agam milik Datuk Yusof Haslam ini. Menyantuni intern yang hadir untuk meneroka kawasan rumah banglo 6 tingkat miliknya, ramai yang memuji sikap beliau yang sangat merendah diri.
Menonton video yang dimuat naik, mungkin ada yang macam familiar dengan beberapa kawasan rumah beliau kan? Haa, kalau nak tahu rumah ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem romantis lejen, Sembilu Kasih!
Tidak itu sahaja, rumah ini juga dilengkapi dengan kandang kambing dan reban ayam yang menempatkan haiwan-haiwan peliharaan tersebut. Turut berkongsi ada yang sudah disembelih, Datuk Yusof Haslam juga tidak kekok dengan lawak-lawak spontan dan bersahaja sepanjang lawatan tersebut.
TikTok: skoptiktok