Terkenal Dengan Lagu ‘I Don’t Care’, Rendy Pandugo Bakal Live Di Malaysia Buat Pertama Kali

Penggemar lagu seberang pasti kenal dengan susuk jejaka yang diberi nama Rendy Pandugo ini. Lebih 10 tahun dalam industri muzik, nama Rendy cukup popular selepas menghasilkan cover lagu Sebuah Kisah Klasik nyanyian Sheila On 7 dengan caranya sendiri.

Bakal menjayakan konsert sulung di Malaysia pada 10 Jun ini di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya menerusi Nusafest Present, Rendy mengatakan ia merupakan satu peluang yang tidak mungkin ditolak setelah kembara seni ‘beristirehat’ kerana pandemik.

Turut popular dengan lagu bahasa Inggeris seperti Edge of Heart, 7 Days dan Never Let Go (feat Afghan dan Isyana), Talitha juga diundang bagi menambahkan warna pada persembahan Rendy.

Pihak Nusafest yang dibawakan oleh Shiraz Projects menyifatkan kesempatan membawa Rendy ke Malaysia adalah peluang baik dalam usaha membantu menyalurkan muzik-muzik segar dan boleh dikomersialkan di tanah air dengan lebih meluas.

Buat peminat yang dah lama menantikan kehadiran Rendy ke Malaysia, jangan lupa 10 Jun ini tau. Bak kata Rendy, “see you someday!”

Tarikh : 10 Jun 2023

Venue : Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya

Harga Tiket :  RM200 (Meet & Greet + General Admission)

    RM120 (General Admission)

Ticketing : www.shirazmusic.co

Telephone : +6012 256 0082

Website : www.shirazprojects.com

Facebook : shirazprojects 

Instagram : shirazprojects

Read Previous

Tak Boleh Kongsi Akaun, Ini Yang Korang Kena Faham Tentang Peraturan Baru Nettflix

Read Next

Boleh Cecah RM10K, Syarikat Insurans Tawar Gaji ‘Penari TikTok’ Buat Netizen Melopong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − eleven =