Boleh Cecah RM10K, Syarikat Insurans Tawar Gaji ‘Penari TikTok’ Buat Netizen Melopong

Seiring dengan teknologi, banyaklah peluang pekerjaan baru yang dibuka kepada orang ramai. Kadang-kadang yang tak sangka pun ada juga.

Dalam era TikTok ini, salah satu pekerjaan yang ditawarkan adalah ‘penari’. Bukan untuk part-time sahaja tapi ada juga secara ‘full-time’! 

Dan yang tambah mengejutkan lagi bila gaji ‘full-time’ mereka ni ada yang ditawarkan sehingga RM10,000! Fuh, memang masyuk daripada kerja biasa ni. Macam yang dikongsikan seorang pengguna TikTok ini.

Dalam ruangan job description ada ditulis range gaji yang ditawarkan syarikat tersebut adalah dari RM2,000 hingga RM10,000 dengan jadual kerja shift. 

Okeylah, kalau macam ni gaji dorang offer, sekarang juga min rasa min nak daftar masuk kelas menari sampai dapat sijil profesional. Berkobar rasanya.

Kredit video: TikTok @nagulanmusical

Kredit gambar utama. Gambar sekadar hiasan: Solen Feyissa via unsplash.com

Read Previous

Terkenal Dengan Lagu ‘I Don’t Care’, Rendy Pandugo Bakal Live Di Malaysia Buat Pertama Kali

Read Next

Angkat Isu Jenayah Kembar Seiras, Ini Kes Kembar Seiras Malaysia Yang Terlepas Hukuman Gantung Dek Kekeliruan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − two =