Bila Netflix umumkan rancangan untuk kuatkuasakan peraturan ‘perkongsian password’, ramai yang terkeliru dengan rules baru ni.
Malah Netflix Malaysia sendiri dah umumkan yang kalau ada individu mahu berkongsi akaun dengan pengguna yang tidak tinggal serumah, akan ada bayaran tambahan RM13 untuk pembukaan akaun seterusnya.
Macam mana nak tahu serumah atau tak? Ia akan ditentukan dengan 2 benda iaitu TV dan rangkaian internet. Contoh kalau TV korang bersambung dengan WiFi rumah, maka semua jenis device yang bersambung dengan WiFi yang sama dikira serumah.
Kalau korang keluar rumah masih lagi boleh gunakan DENGAN SYARAT yang mana device tersebut perlulah tersambung dengan WiFi rumah korang setiap 30 hari. Kalau tak bersambung melebihi 30 hari, nanti device tu akan disekat.
Kalau gunakan data, korang masih boleh gunakan macam biasa dekat device yang sama. Cuma jangan log masuk Netflix di TV, sebab secara automatik ia akan detect fungsi ‘serumah’ tadi.
Jadi nanti perlulah tambah RM13 untuk ahli di luar rumah tadi dan ia tak termasuk dengan 5 profil ahli yang dah ada dalam akaun Netflix tadi.
Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang rules baru dorang, korang boleh terus je ke website news Netflix okey?