Misteri Bau ‘Bangkai’ Dari Parking Hotel Terbiar Bongkar Mayat Seorang Individu

Misteri bau busuk daripada kawasan parking sebuah hotel yang tidak beroperasi selama tiga tahun membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sana.

Bau yang sebelum ini menjadi persoalan akhirnya ‘selesai’ apabila seorang staf hotel tersebut yang turun ke kawasan tersebut untuk membuat pemantauan sebelum proses mengepam air dilakukan pada aras yang dinaiki air hujan. Dikatakan hotel tersebut dalam proses untuk dibuka semula.

Walaupun bau busuk tersebut sudah biasa dihidu, pada ketika pemantauan dibuat, beliau menyangka ia datang dari bangkai haiwan yang banyak mati di sana, namun ketika mencari arah bau busuk tersebut beliau terlihat mayat seorang lelaki berpakaian lengkap di satu penjuru.

Walaupun tidak beroperasi, namun pemantauan tetap dijalankan termasuklah kerja mengepam aras air di aras bawah yang dilakukan sebulan sekali.

Dengan kerjasama pihak bomba dan pihak polis, mayat dihantar untuk proses bedah siasat di Hispital Raja Perempuan Zainab II. Moga identiti mangsa cepat dikenal pasti.

Sumber: Harian Metro

Read Previous

Dibayar Hingga RM7,000 Untuk Intern, Ini Nasihat Yang Diberikan Pelajar Malaysia Tersebut

Read Next

Tak Boleh Kongsi Akaun, Ini Yang Korang Kena Faham Tentang Peraturan Baru Nettflix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 9 =