Biasanya kalau sebut pasal pelajar latihan industri di Malaysia, jaranglah nak dengar ada syarikat yang tawarkan gaji/imbuhan yang lumayan. Paling-paling tidak pun, diberikan jobscope dengan gaji yang minimum.
Tapi seorang pelajar Malaysia mengaku dibayar dengan gaji tinggi semasa menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong. Beliau yang merupakan pelajar aktuari menerima bayaran HKD12,000 yang mana jika ditukar nilainya ke MYR ia hampir kepada RM7,000.
Namun beliau mengakui walaupun gaji yang tinggi, namun ia agak sukar kerana budaya kerja di sana sangat pantas. Turut mendedahkan kepentingan bahasa Mandarin untuk bekerja di sana walaupun tinggal di negara yang berbahasa Kantonis.
Nasihat beliau, pelatih dan graduan baru perlulah belajar bersungguh-sungguh dan ambil peluang untuk bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman.
Sumber: Instagram @malaysiapaygap
Sumber gambar utama: joelft via unsplash.com