Nekad tak nak kerja dan hidup dalam keadaan tenang, seorang pemuda, Li Shu yang berusia 29 tahun buat keputusan nekad untuk ‘pacak’ khemah di kawasan tempat letak kereta terbiar.
Lepas resign pada akhir 2018, beliau menghabiskan masanya di pangsapuri yang disewa namun lepas buat kira-kira dengan mengambil kira tak ada pendapatan, Li Shu mula kurangkan bajet harian kepada RM6.47 sehari sebelum buat keputusan nekad tersebut.
Walaupun terpaksa makan mi segera dan dumpling setiap hari, berjalan jauh untuk mendapatkan sumber air dan caj telefon, Li Shu mengakui pilihan tersebut adalah keputusan yang paling menggembirakan.
Kata Li Shu, bila kita lepaskan usaha yang tak memuaskan dalam hidup perlahan-lahan kita akan rasakan ketenangan.
Sebab itulah walaupun ada kawan-kawan yang sanggup offer bagi pinjam duit dan tempat tinggal untuk beliau berbisnes, Li Shu tetap tolak. Katanya tenang hidup sederhana macam tu.
Tapi sebenarnya memang ada pun yang buat macam ni. Cuma mereka masih bekerja dan disebabkan kos penginapan yang tinggi, ada je yang sanggup jadi ‘homeless’.
Korang pula macam mana?