Akhir April lalu, seorang wanita memaklumkan bahawa beliau terperangkap dalam sebuah lif di lapangan terbang selepas menghantar anak saudaranya yang akan menaiki penerbangan menuju ke Malaysia.
Beliau yang ditemani ibunya, ketika dalam perjalanan bergerak ke parkir kereta telah menerima panggilan telefon daripada anak saudaranya yang memintanya datang semula ke tempat pelepasan.
Meninggalkan ibunya menunggu di dalam kenderaan, wanita yang dikenali sebagai Aisiah ini bergegas ke lokasi anak saudaranya sempat memberitahu beliau terperangkap di dalam lif sebelum panggilan telefon mereka kemudian terputus.

Tunggu punya tunggu, kelibat ibu saudaranya masih tidak kelihatan. Sedar dengan kehilangan Aisiah, anak saudaranya meminta bantuan pengawal keselamatan untuk mencari Aisiah di kawasan lif namun rakaman CCTV tidak diperiksa.
Tiga hari kemudian, keluarga Aisiah dimaklumkan mengenai penemuan mangsa namun yang mengejutkan lokasi penemuannya adalah di celah lif! Punca penemuannya adalah daripada bau busuk yang hadir.
Hasil pemeriksaan CCTV merakam Aisiah menekan butang kecemasan cuba membuka pintu lif sebelum tersalah langkah dan jatuh ke celahan tersebut.
Belum menerima permohonan maaf secara rasmi daripada pihak terlibat, keluarga Aisiah dikhabarkan hanya menerima kira-kira RM1,000 sahaja sebagai pampasan. Malah pihak pengurusan lapangan menyifatkan ia adalah sebagai kecuaian sendiri.
Sumber: suara.com, TikTok onmedan.id