Ramai yang meluahkan rasa kecewa bila gagal dapatkan tiket ke konsert Coldplay. Tapi aneh juga sebab tiba-tiba je ada individu yang menjual semula tiket pada harga yang berlipat kali ganda dari sebenar.
Rupanya ada ulat tiket yang menggunakan taktik bagi mendapatkan tiket supaya boleh menjana keuntungan kemudiannya.
Kalau nak tahu, mereka menggunakan bot tiket bagi menyamar sebagai pengguna sebenar dengan menggunakan alamat IP sama untuk pelbagai akaun dan biasanya beratur dalam masa yang sama.
Sedangkan sepatutnya semua pembeli sebenar akan diberi masa 15 minit untuk menunggu giliran membeli tiket. Berbeza dengan ulat tiket yang menggunakan bot tiket boleh menerima giliran pada bila-bila masa sehingga ada daripada mereka yang berjaya membeli sehingga 400 keping tiket!
Twitter: @khawasake