Ingat Tanda Letak Kereta, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Petak Kuning Yang Ada Di Stesen Minyak

Bila nak isi minyak, korang perasan tak yang ada petak kuning berada di sebelah kawasan pam tu.

Sebelum ni ingatkan yang petak tu diletakkan untuk tanda kawasan untuk parking kereta sebelum isi minyak. Rupa-rupanya lain kejadiannya bila ia sebenarnya adalah untuk perkara lain.

Menurut seorang lelaki yang juga merupakan pemilik stesen minyak Petronas Bukit Kempas menjelaskan kegunaan sebenar petak kuning tersebut.

Beliau yang mesra digelar sebagai Pak Haji menjelaskan kotak itu merupakan pengukur jarak dari muncung ke tangki kereta. Selagi muncing berada dalam petak kuning, jangan risau kalau kedudukan tangki minyak berada di tempat yang salah.

Biasanya ada yang sanggup menanti lama hanya kerana tak nak tangki kereta berlawanan dengan kawasan nozel pam petrol. Jadi lepas ni dah boleh elakkan kesesakan dengan cara ni.

Jangan risau okey!

TikTok: @petronasbukitkempas

Read Previous

Pentingnya English Education, Pelajar Terpaksa Bayar RM44 Untuk Secawan Starbucks Hanya Sebab Tak Faham English

Read Next

Ini Taktik Scalper Beli Ratusan Tiket Coldplay Dalam Masa Sekejap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 + 15 =