Setelah hampir 10 tahun ditayangkan, akhirnya sekuel filem komedi terkenal Malaysia, Mat Tudung Begins bakal ditayangkan 3 Ogos ini.
Masih lagi dibintangi Fizz Fairuz sebagai watak utama, filem Mat Tudung mengisahkan mengenai seorang mat rempit, Johari yang jatuh cinta kepada seorang gadis bertudung bernama Zizie. Demi untuk mendapatkan Zizie, Johari menyamar sebagai adik perempuan Johari yang berperwatakan bertudung bernama Johanna.
Dikatakan sekuelnya akan lebih banyak bercerita mengenai asal usul bagaimana watak Johari menjadi mat tudung termasuk siapa dalang di dalamnya. Maknanya sekuel ini menunjukkan kesudahan kisah Mat Tudung-lah.
Filem Mat Tudung merupakan filem komedi yang cukup popular sekitar tahun 2014 dan dikatakan sekuelnya sudah pun siap pada Mei tahun lalu dan akan ditayangkan Ogos ini.
Turut dibintangi Achey, Maryam Kimchi, Kazar, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi, yang menariknya filem ini akan diarahkan dan diterbitkan oleh Fizz Fairuz sendiri! Dan diterbitkan di bawah Syarikat Rainmakercreation Sdn Bhd miliknya sejak 2014.
Wuuhh, tak syabar.